Isnin, 20 Oktober 2014

bag packers travel PULAU PERHENTIAN [perhentiankecil]

Assalammualaikum..
peace be upon on you..

hai dah lama tak update blog!! rindu nak menulis menaip ni.. mari kita mulakan perjalanan kali ini membawa aku ke satu pulau:

PERHENTIAN ISLAND A.K.A PULAU PERHENTIAN



Tips atau cara atau bagaimana nak ke pulau perhentian:

Pulau Perhentian terletak di NEGERI TERENGGANU, perjalanannya memakan masa 12 jam dengan menaiki kenderaan kereta/bas, aku menggunakan pengangkutan kereta untuk pergi ke kuala besut, cara nak pergi pulau perhentian ni korang yang naik kenderaan sendiri tu boleh gunakan jalan ni kalau dari :
Kuala Lumpur - Tol karak - kuantan - tergganu - kuala besut (naik bot ke perhentian)
perjalanan merakamkan kenangan yang terindah , kalau boleh bawak geng yang nak bercuti tu, geng yang reti bawak kereta sebab sampai bertukar-tukar "driver" nanti, yelah mana tidak makan masa 12 jam (lenguh punggung) bayangkan lah sebab tu pentingnya bawak penumpang yang reti bawak kereta kihkihkih :D .

Tiba di Kuala Besut

korang kene park kereta korang tu dulu sebab nak naik bot, dalam pulau ni takde kereta yek, parking kereta lebih elok tempat yang berbayar sebab ada orang yang akan sentiasa jagakan kereta kita, harga lebih kurang RM30 . kalau taknak parking berbayar boleh je cari tepi-tepi jalan tu, tapi tak konfem selamat lah kan.

naik bot pulak, kat pulau perhentian ni tak sama macam pulau langkawi sebab pulau perhentian ni, betul-betul pulau, die takde kenderaan seperti kereta, taxi die pon bot la , kata pun duduk dalam pulau so taxi nya bot.. harga untuk naik bot RM 35 pergi, kalau boleh beli tiket pergi dan balik dan totalnya RM70.

kerana aku bagpackers jadi aku pun terjah je tak booking atau ape, kene pandai-pandai lah survey kat dalam blog-blog lain okie. kat sana sesampai je aku tinggal dekat PERHENTIAN KECIL, budak-budak bagpackers lebih sesuai dekat perhentian kecil dekat area coral beach dan long beach, bot aku naik tu turun kat coral beach, korang bagpackers kene lah rajin bertanya mana tempat yang murah dan tempat yang best untuk menginap, so sambil berjalan aku pun tanya dengan satu brader ni, antara coral beach dan long beach mana yang best dan hotel yang murah, brader ni cakap "kalau nak kehidupan siang dia kata kat coral beach best, tapi kalau nak kehidupan malam dekat long beach best, pasal penginapan pulak dua-dua tempat ni murah , tapi kalau dekat long beach elektrik dia pasang time malam je..korang boleh dapatkan hotel dengan harga sekitar RM40-200 kalau yang RM40 tu di dalam hutan sikit dan kipas je (scary sikit kalau nak jalan malam). aku fikir kalau nak amik kat coral beach siang best tapi kalau malam mesti nak pergi long beach, tapi laluan tengah nak ke long beach ni jalan hutan, gelap takde lampu, seram pulak kalau malam nak berjalan dari coral beach ke long beach.. so aku pun amik keputusan tinggal dekat long beach sebab kat long beach tempat nak mandi pun cantik dan lagi satu malam die ada hiburan yang menarik kihkihkih (anak-anak muda punye ayat).

jap jap jap meh layan gambar-gambar kat sana :




aku menginap dekat ROCK GARDEN CHALET dia kat atas bukit, ada permandangan yang menarik depan laut wokeh! nice view kan, berharga RM 100. macam chalet-chalet rumah orang lama-lama tau.. tapi dalam comel je.. sebab aku jenis tak memilih tempat dan selesa je bagi aku asalkan ada tandas dalam bilik dah cukup, hal kipas tak heran..



Atas ni permandangan di laut long beach, air biru weh jakun kejap, bagi aku kalah laut bali yang aku pernah pergi dulu. gambar kedua tu gambar bajet-bajet MURADOSMANN



Inilah laluan-laluan yang korang kene lalu, dari jalan Coral beach nak ke Long beach tu, laluan tengah yang aku cakap hutan-hutan tu.

okie..
dah dah dah
dah layan gambar...

berbalik pada cerita di pulau perhentian.. bab seterusnya ialah bab MAKAN!!! ermm ni yang best dan tak best, bab makan kat sana aku boleh katakan "MAK AII.... MAK AII MAHAL" kalau anak jati malaysia macam aku ni kene tapi bercuti punya pasal tak apa, memandangkan kalu difikirkan cara dorang nak beli beras dan nak beli barang-barang dapur pun nak kene naik bot..


macam ni.. takpelah kene harga nasi goreng patayya RM15 hinggit pun tak pa.. sebab korang boleh nengok kesian susah-susah dorang tau nak beli beras bawak angkut dari ganu ke pualau perhentian tu.

AKTIVITI

sepanjang 3 hari aku kat sana, aktiviti yang aku lakukan ialah tak boleh kalau tak amik pakej Snokeling nengok kura-kura, snokeling nengok shark(tapi shark aku tak berani terjun, takut!!!!!) lepas tu snokerling nengok ikan, weh macam-macam ikan weh, macam dalam cerita kartun ikan nemo tu pun ada tau.. dan yang paling tak boleh belah aktiviti berenang dari tengah pulau sampai ke sisi pulau tu, bila korang dari atas bot tu rasa macam dekat je nak berenang ke tepi pulau tu, sebab bot tu akan tunggu kat tepi pulau, tak sangka pulak sepanjang aku berenang tu bapak JAUH!! penat tangan berkayuh, selamat lah aku pakai baju pelampung tu so kalau teberhenti pun tak tenggelam..

TIPS PENTING PERGI PULAU :
1.bawaklah baju jangan terlalu lebih
2. bawak lah sunblock kalau tak, tak pasal-pasal gelap terbakar nanti
3 bawak duit yang mencukupi (pergi laut tak payah lah nak bershopping bagai, baik lakukan aktiviti laut lah.
4. bawak kawan/teman yang sekepala (kalau bawak yang gedik takut potong mood korang je nanti geli la, panas lah, apelah nanti kan)
5. bawak selipar!!!!! 
6. jangan terlalu happy sangat pergi tempat orang kihkihkih
7. try bergaul dengan semua kaum terutama pelancong ok.. friendly sudahla.. sombong nak kemana

dan seterusnya aku ada sedikit tatapan video untuk korang layan :


1 ulasan: