Jumaat, 1 Ogos 2014

NANO WHITE SKIN CARE "REVIEW"

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Assalammualaikom
Peace be upon on u

Since aku berhenti menggunakan produck-produck yang tak dijamin mutunya yang bagus seperti yang digembar gemburkan iklan-iklan yang buat "semua perempuan yang muke sensetif macam aku percaya bulat-bulat 100% kebaikkan produck tu, sampai mengelupas + pedih sanggupku tahan, bila ditegur kenapa mengelupas, sanggup aku katakan "mandi laut sebab tu mengelupas" hampeh.. walaupun ada produk yang menjadi tapi itu semua tidak menjamin berpanjangan hanyalah sementara.. tak kisah lah produk TABITA,WONDERGLOW, BABYFACE, terutama produk yang tonner nya boleh mengelupas atau sabun atau yang boleh buat muka korang NIPIS WHATEVER!! bila sampai satu masa korang berhenti dari produk tu alamatnya HALAMAK la jawabnya muke korang, jerawat berapi-api muncul lepastu kulit dah jadi nipis nak pakai lagi tonner yang buat nipis kulit tu ibarat terhakis la kulit.. baik berhenti..beli je produk yang menjamin kualiti dan dijamin sahnya, "MAAF BUKAN NAK JATUHKAN MARKET ATAU JUALAN KORANG, TAPI SEBAGAI PERMAKAI YANG PERNAH PAKAI, INI APE YANG AKU RASA".  

LETS START
Nano White set TRIAL

aku dah tak tahu nak pakai ape sampai aku berhenti semua skin care dan tak pakai ape-ape, tiba satu tahap tak terjaga dah aku rasa muke ni, akhirnya sampai tahap aku nak kene pakai pencuci dan skin care yang dijamin keluarannya, so aku pun belilah set trial nano white ni.. dalam hati tak kisah pun beli produk ni janji muke tak melekit, ada la jugak pencuci dari tak pakai pape, cube punye cube selama seminggu trial set ni, aku dapat rasakan kesannya yang soft "lembut" kulit tibe-tibe jadi lembut, yang bestnya tak mengelupas pedih ke ape, just biasa-biasa dan rasa terjaga je muke ni, lepas tu jerawat pun kurang dan mengecut sikit. dalam set ni ade :

1 . POLISHING renewal 
fungsi : menghidupkan paras kulit  tanpa pengelupasan kimia
masa pakai ni korang sapu lepas tu korang gosok-gosokkan kulit tu dapat tanggalkan sel sel kulit mati.

2 . AWAKENING snow wash
fungsi : pembersih muke, sesuai untuk semua kulit.
pakai ni dapat rasa kulit betul-betul dicuci dan bersih 

3 . OMEGA day shield spf50 pa++
fungsi : melindungi kulit dari  sinaran uva dan uvb dan membantu menghilangkan jeragat degil.
produk ni yang istimewanya tidak menyumbat kat pori-pori yang boleh berlakunya whitehead la blackhead la. so terhindarlah dari benda-benda tu. lagi satu tak berminyak walaupun berjam-jam lamanya 

4 . CELL moist whitenor
fungsi : ia melembabkan kulit dan meratakan tona kulit 

cukup empat trial set kecik ni. lama aku berfikir "betul-betul berfungsi dan bagus" akhirnya selama seminggu aku pakai dah, aku pun ambil keputusan beli yang besar..


penambahan dalam produk besar ni aku beli lebih sikit tapi still ada tak cukup lagi nak beli, so beli ape yang patut..yang lain sama je macam pack kecik tu tapi beli yang besar je then aku tambah refining tonner dengan night repair cream cuma tadi yang kecil dapat OMEGA day shield spf50 pa++ tanpa ikut warna kulit, yang besar aku beli yang ikut warna kulit :P  :

1. REFINING treatment tonner
fungsi : mengetatkan dan mengecilkan pori-pori dapat menanggalkan minya tanpa mengeringkan kulit.

2 . NIGHT repair cream
fungsi : untuk menjaga kulit diwaktu malam, dapat mencerahkan dan mengurangkan tanda-tanda penuaan semasa sedang tidur.

HARGA
Berbaloinya beli produk ni harga yang berpatutan, ikut kemampuan diri ini juga alhamdulillah lah harga pun okey. 

- korang boleh dapatkan di watsons atau guardian atau di supermarket besar.

alhamdulillah sejak pakai produk ni muke aku dah terjaga, dan dah takde kulit-kulit rosak.