Rabu, 2 April 2014

LALANG "negeri sembilan"

lokasi awesome untuk buat pre-wedding + photo

hai aku nak berkongsi sedikit sebanyak tentang lokasi best untuk orang-orang yang bekerja dibidang seperti aku "production"

aku faham kadang-kadang kita kene cari lokasi yang terbaik untuk kita buat satu "pengambaran" contoh lokasi aku pergi ni sesuai untuk shoot "wedding + video clip + photo" dan sebagainya.

lokasi ni masa aku berada di negeri sembilan, tau tempat ni pun sebab ada job masa tu kat area situ. masa tengah best dan tengah berkejar masa aku terlalu kat kawasan yang pelik dan aku rasakan cantik!!! sebab kawasan ni penuh dengan hutan terbakar, dalam hati masa tu aku follo waze takut-takut dah berada ditempat bunian je, sebab laluan kat situ memang sunyi sepi, kiri kanan hutan lepas tu tembus satu laluan hutan terbakar, semua oren je warna, tah betul tah tidak je jalan masa tu, tapi aku teruskan jugak sampai bertemu tempat job aku tu.

nak dijadikan cerita lepas aku habis je job, aku terfikir nak bawa client aku tu shoot kat tempat yang aku cakap cantik sangat tu.. sementara menunggu dorang sampai, aku dengan photographer dah standby, alang-alang dah standby ape kata snap pic diri sendiri dulu hihihi "yela ingat kerja tukang amik video, tukang snap pic ni tak teringin ke nak bergambar ala-ala model gitu hahaa" . kat bawah ni aku tunjukkan sedikit sebanyak kawasan tu dan foto ala-ala model dari aku beserta video yang aku edit sikit.. harap korang terhibur dan nak tanya lebih lanjut boleh pm aku kat FB NNADDYAHASSAN .