Rabu, 23 Oktober 2013

Persamaan krim TABITA, WONDER GLOW, A-DHA, 99


Peace be upon on you.

mari aku bercerita kisah ni.
aku dah pakai bermacam-macam jenis prodak muke, dari yang mengelupas sampai la yang tak mengelupas, dan aku rasa lebih elok aku ceritakan serba sedikit persamaan antara krim-krim dalam prodak  yang aku pernah pakai.

pertama sekali, dulu aku memang gelap ++++ tahap macam orang "asli" + "indian" dan aku sangat aktifdi sekolah, main kawat kaki, bola baling, hoki, bola jaring kalau boleh semua aku nak main la acara sukan ni... dan aku ada gelaran, macam  abang-abang aku memang kaki bahan aku "walaupon adik sendiri", diorang gelarkan aku dulu "bontot kuali" haha :D dan kawan-kawan serta cikgu-cikgu panggil aku "ana arumugem alycat", cerita betul ni. tapi sikit pun tak terasa bila dorang ejek-ejek... bagi aku ""takpelah orang nak cakap ape pun"..

Tapi bila meningkat dewasa terasa macam "malu" pulak hitam legam lagi kusamkan + jerawat lagi, dan aku mula dengan mengambil produk ni,,masa ni zaman (form3)

dulu aku pernah cube satu produk yang dibeli di pertaling street, iaitu "babyface". kalau korang pernah dengar babyface ni sekarang dah diharamkan, sebab produk tu boleh buat muke korang mengelupas dengan teruk.. betul tau.. memang teruk time tu muke aku mengelupas, tapi bila orang tanya aku cakap "semalam pergi laut, tu yang mengelupas", Hakikatnya... jeng jeng jeng....

Ini lah babyface, hara dalan belasan ringgit je.. produk ni dipakai dengan sabun "papaya".memang pedih habis bila muke tengah mengelupas lepas tu sabun lak dengan sabun papaya,pedih teramat beb.. tapiii..... memang menjadi, time tu lepas sebulan pakai jangan cakap hitam, semua hilang.. perhh memang putih habis cun habis.. tapi putih takat muke jelah tangan kaki tak setara, hahaha.. pelik kan.. (yela takkan nak pakai kat kaki tangan kot..). tapi betul jugak bahayanya produk ni, bila tak pakai, jerawat mencurah curah muncul, dan muke jadi gelap macam biasa balik. yang lagi bahayanya dia boleh menipiskan kulit korang..



Pada tahun 2010 ke 2011 lak aku cuba produk "TABITA" ha produk ni memang menjadi, dulu aku pernah cerita pasal produk ni, korang boleh klik SINI . tapi, haaaa ade tapi gak.. produk ni sama je dengan produk babyface tu, sebab tonner die sama bau, dan sama je bila pakai jadi pedih, tak percaya korang boleh beli dan bandingkan. lagi satu, produk tabita ni bila tak pakai pun muke jadi kembali seperti biasa dan naik jerawat!!! eieiei bengang betul.. mahal lak tu,time aku pakai ni tak popular lagi tabita. tapi sekarang bukan main hebat popular.  aku ingat lagi masa lepas pakai sebulan lect aku cakap"wah elmy makin putih". tapi sebab harga mahal aku stop la, student katakan mana ada duit sangat time tu..

next aku pakai produk adha produk dan 99 dan sekarang aku tengah pakai dan mencuba "wonder glow" . bagi aku terdapat beberapa persamaan antara krim-krim produk ni, macam produk 99, wonder glow, a-dha, tabita.. kenapa sama , sebentar




kalau korang boleh lihat krim krim ni dan korang bau memang sama.. tapi aku tak kaji lagi ape bahan-bahan yang digunakan dalam krim-krim ni. harga setiap jenama je berbeza-beza. Tapi terpulang pada semua yang pakai dan mengikut jenama masing-masing yang korang gunakan, selagi muke elok okla tu kan. aku akan update lagi wajah aku dulu dan sekarang ....

19 ulasan:

  1. wahh... banyak juga produk u cuba kan
    i pun guna WG juga sekarang
    ni rview

    http://momoy-blogirl.blogspot.com/2014/01/ehem-review-wonder-glow-part-2-pula.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. owh okie i ada baca. so mcm mana .. skrunk u still gune ok tak

      Padam
  2. http://sweetsourmyliferiezu.blogspot.com/2013/11/wonder-glow-bahaya-fake-dan-hq-penipu.html
    Saya rasa ada betulnya sebab saya pengguna WG dan bila masuk set kedua [sekarang dah repackaging, texture pun dah berbeza berbanding packaging dulu] muka saya menjadi lebih kusam berbanding dulu dan jerawat banyak tumbuh. Plg kesian kat mak sy yg baru cuba, excited tgk perubahan kulit yg glowing masa pakai set pertama.. mukanya kusam dan berkilat! macam sunburn dah rupanya. So better berhati2.. Takut bila x pakai 3,4 hari, effectnya lebih teruk dari sebelum pkai.

    BalasPadam
  3. samalah dengan produk natural 99, sf beauty.. haihh.. rasa macam tertipu pun ada.. dan orang kata ada mercury.. risau nya.. hmm :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. asal nk try local product kalau dh tahu most of them ada mercury and benda benda lain yg bahaya?? kalau setakat nk putih tu takyah laa..jgn ikut mentaliti melayu yg bila putih je lawa. Panadai pandai la ye jaga kulit

      Padam
  4. lebih baik pakai produk yg lebih di percayai mcm syurah & safi gtu.. byk benar fake products skg ni tau ,hati2

    BalasPadam
  5. Hi saya pernah pakai sf beaute.. lepas pakai night cream muka bengkak.. burn and sgt sakit.. lepas 1 hari terus stop pakai.. myb ada bhn yg xsesuai...

    then skrg tergoda ngan kaylena beauty.. pon sama .. selepas pakai night cream.. after 3hours dah bengkak muka n leher.. terus la stop.. dh la boleh tahan harga dia.. skrg ni i teruskan. Je pakai bio-essence.. xde apa effect pon..

    BalasPadam
  6. skrg nie aku pakai wonder glow gold. 3,4 hari ptama ley nampak perubahan (jerawat kecut,,muka bersih laa sikit). hari ke 7, muka glowing ,nampak laa cerah sikit. skrg dah masuk set ke 2, & muka aku dah sama cerah ngan bdan aku.kulit muka jd cntik sgat2,glowing,licinn ,,yela dulu muka glap sbab surnburnnn =.= . ,tp jerawat tetap ada kecik2 kat muka aku sebab sjak aku pakai wonder glow aku dah malas gila nak cuci muka nk2 time nak tido(pdn muka aku,ahahah).pd aku,stakat nie xder masalah skip krim malam 3,4 hari.masalahnye, ada org ckap wonder glow dah xselamat guna, ada merkuri. boleh rosakkan buah pinggang.serius ke bahaya..aku dah la suka pakai WG nie..dulu ada gak laa aku cuba2 pakai safi,syurah,but doent work at me.mohon pencerahan..sob3
    -from :gadis yg dulunya muka hitam tgan putih+muka bminyak +jerawat

    BalasPadam
    Balasan
    1. kawan saya pun dah pakai WG 2 tahun muka dia takde pape. tapi ingat ye kesan mercury yang meresap dalam darah akan membunuh kita secara senyap dari dalam. mungkin kesannya belum sekarang, mungkin anda akan berhenti selepas anda bangun esok pagi muka anda ttbe keluar urat2 biru hijau, muka naik merah2 time tu nak menyesal pun tak guna.

      Padam
  7. Try get KURIN new peoduct under KKM. product ini tanpa merkuri and hyroquinon... pakai set ni takde pengelupasan merah2 mcm tabita or others.. lagu sakit bila kat bawah matahari.. kurin skincare ok.. ramai member puji ... dulu masa pakai tabita .. kluar embahyNg jumaat muka merah... now, dah tak merah . kulit cerah sbb kurin nii ade essence kuit . member pun ramai puji.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hye.. nor izwan.. mana nak beli KURIN skincare????

      Padam
    2. Hi Gretel Hansel, visit webpage dia www.kurin-junsuina.com

      Padam
  8. salam semua. saya pengguna corea miracle skincare. saya jenis yang consistent bila pakai sesuatu product tapi after 3 months, muka mula naik jerawat, bintik2 hitam, jerawat halus, sering sakit kepala. Texture nya same macam wonderglow and kesan2 & punca2 muka jd cmni sbb mercury dalam product tu. semua ni saya bace di Dr Zubaidi pny website. Saya brought this issue to ig corea miracle skincare HQ, die tak jawab tapi block saya. So better stop now otherwise you will suffer an injury to your entire life. :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Awak guna corea miracle skin by NA Beauty tu ke? Yang pengasas dia NurAmirah tu ea? Sy baru pakai cms ni berapa hari. Mmg kulit muka rasa pedih mcm terbakar sgt sgt. Tak tahu knapa. Ingatkan normal sbb 1st time pakai.

      Padam
  9. Ye ke? Corea buat sampai jadik mcam tu..baru igt nk beli huhu..sy rase better amik vitamin supplements kowt..dahla mahal..bahaya pulak tu

    BalasPadam
  10. Skrg kkm Pon xblh caya sngt prodak Ada mencuri Pon blh lepas kkm.. Blh dkatakan semua perodak yg Ada crem siang ng mlm X selamat..Ng prodak yg blh memutikan kn muka dlm masa 1 bulan.. Sngt bahaya... Cuba bandingkn ng prodak yg. Ada dlm famasi or dlm shoping besar mcm jasco gurdin Watson dyorg xbawak masuk prodak2 Malaysia Ni.. Bkn nk down kn org kita kebnyaka. Semua copy je lin Nama isi sama je... Xcaye cube beli la prodak2 tu mesti Ada krem mlm ng siang .. Yg siang kuning yg mlm putih... Dy memng xnmpk kesan awal dy akan nmpk masa akan dtg paru2 buah pingang sebap dy masuk dri darah kita... Hanya kongsi apa yg sy tau... Sebap sy hanya pakai prodak mustika ratu dri dulu smpi skrg putih nye X la tpi cukup muke xde jerawat.. Hahahah klu berminat blh la dtg spa sy ... Blh buat mcm2 tremant.. Ng sy mengunakan prodak mustika ratu Hehehehe blh whataap sebarang per tangan 0108904542 ��

    BalasPadam
    Balasan
    1. hi awak. produk mustika ratu apa awak pkai? susah bbenor dok cari produk mustika.r ni..

      Padam
    2. hi awak. produk mustika ratu apa awak pkai? susah bbenor dok cari produk mustika.r ni..

      Padam
  11. saya dah guna agak byk jugak n waktu mengandung saya dah x pakai..now anak dah setahun baru nak pikir glow glowing sebab day Ade kesan jerawat,muka kusam Dan x seperti dulu..takut pulak nak mencuba

    BalasPadam