Rabu, 23 Oktober 2013

Persamaan krim TABITA, WONDER GLOW, A-DHA, 99


Peace be upon on you.

mari aku bercerita kisah ni.
aku dah pakai bermacam-macam jenis prodak muke, dari yang mengelupas sampai la yang tak mengelupas, dan aku rasa lebih elok aku ceritakan serba sedikit persamaan antara krim-krim dalam prodak  yang aku pernah pakai.

pertama sekali, dulu aku memang gelap ++++ tahap macam orang "asli" + "indian" dan aku sangat aktifdi sekolah, main kawat kaki, bola baling, hoki, bola jaring kalau boleh semua aku nak main la acara sukan ni... dan aku ada gelaran, macam  abang-abang aku memang kaki bahan aku "walaupon adik sendiri", diorang gelarkan aku dulu "bontot kuali" haha :D dan kawan-kawan serta cikgu-cikgu panggil aku "ana arumugem alycat", cerita betul ni. tapi sikit pun tak terasa bila dorang ejek-ejek... bagi aku ""takpelah orang nak cakap ape pun"..

Tapi bila meningkat dewasa terasa macam "malu" pulak hitam legam lagi kusamkan + jerawat lagi, dan aku mula dengan mengambil produk ni,,masa ni zaman (form3)

dulu aku pernah cube satu produk yang dibeli di pertaling street, iaitu "babyface". kalau korang pernah dengar babyface ni sekarang dah diharamkan, sebab produk tu boleh buat muke korang mengelupas dengan teruk.. betul tau.. memang teruk time tu muke aku mengelupas, tapi bila orang tanya aku cakap "semalam pergi laut, tu yang mengelupas", Hakikatnya... jeng jeng jeng....

Ini lah babyface, hara dalan belasan ringgit je.. produk ni dipakai dengan sabun "papaya".memang pedih habis bila muke tengah mengelupas lepas tu sabun lak dengan sabun papaya,pedih teramat beb.. tapiii..... memang menjadi, time tu lepas sebulan pakai jangan cakap hitam, semua hilang.. perhh memang putih habis cun habis.. tapi putih takat muke jelah tangan kaki tak setara, hahaha.. pelik kan.. (yela takkan nak pakai kat kaki tangan kot..). tapi betul jugak bahayanya produk ni, bila tak pakai, jerawat mencurah curah muncul, dan muke jadi gelap macam biasa balik. yang lagi bahayanya dia boleh menipiskan kulit korang..



Pada tahun 2010 ke 2011 lak aku cuba produk "TABITA" ha produk ni memang menjadi, dulu aku pernah cerita pasal produk ni, korang boleh klik SINI . tapi, haaaa ade tapi gak.. produk ni sama je dengan produk babyface tu, sebab tonner die sama bau, dan sama je bila pakai jadi pedih, tak percaya korang boleh beli dan bandingkan. lagi satu, produk tabita ni bila tak pakai pun muke jadi kembali seperti biasa dan naik jerawat!!! eieiei bengang betul.. mahal lak tu,time aku pakai ni tak popular lagi tabita. tapi sekarang bukan main hebat popular.  aku ingat lagi masa lepas pakai sebulan lect aku cakap"wah elmy makin putih". tapi sebab harga mahal aku stop la, student katakan mana ada duit sangat time tu..

next aku pakai produk adha produk dan 99 dan sekarang aku tengah pakai dan mencuba "wonder glow" . bagi aku terdapat beberapa persamaan antara krim-krim produk ni, macam produk 99, wonder glow, a-dha, tabita.. kenapa sama , sebentar




kalau korang boleh lihat krim krim ni dan korang bau memang sama.. tapi aku tak kaji lagi ape bahan-bahan yang digunakan dalam krim-krim ni. harga setiap jenama je berbeza-beza. Tapi terpulang pada semua yang pakai dan mengikut jenama masing-masing yang korang gunakan, selagi muke elok okla tu kan. aku akan update lagi wajah aku dulu dan sekarang ....

Ahad, 20 Oktober 2013

Just Won "JAWI JOY DIVISON" from anaabu_co

Simple Outfitt for Simple Day 





Overalls





CC : Overalls


WOLFGANG AND ME

OOTD 






CC : sunglasses + kemeja + tshirt + legging + reebok



Friends and Me

AKU DAN SAHABAT
Dalam dunia ni walaupun kita kosong,kawan tetap kene ada.










FEELING LONELY And EMPTY

Dalam kehidupan ni, kadangkala kita rasa kosong, macam aku, walaupon mempunyai kerjaya yang boleh tahan dan mempunyai ramai kawan, tapi aku rasa macam tak cukup..tak cukup.. entah apa yang aku nakpun aku tak tau .. diri oh diri





CC : Rayban + wool 


Love our environment

Aku dan alam sekitar. aku lebih suke menghirup udara hijau berbanding udara berasap diluar sana. kalau boleh, aku nak kerja didalam ni. tapi apekan daya dalam hutan mana ada tempat kerja 










Sabtu, 19 Oktober 2013

When i became "EDITOR". (wajah pertama kali saya bergelar "penyunting video")

PEACE BE UPON ON YOU
Bila pertama kali bekerja dan menjadi seorang "penyunting video" inilah rupaku.