Selasa, 19 November 2013

REVIEW make up dari "topshop"

peace be upon on you!! "assalammualaikom!!"

korang korang .. nak tau tak baru-baru ni, aku pergi TOPSHOP klcc semata-mata nak beli jeng..jeng.. jeng..


 "make up" paling fav pada abad ini haha :D .. btw aku sangat suke idea dia punye "packaging & design", sangat comel dan sangat tertarik wokeh!!! korang-korang memang patut beli..kenapa kenapa kenapa patut beli..

sebabnya best dan cantik!!!!

BRONZER a.k.a bedak untuk shading


ha ini ialah bronzer, suke giler dengan bronzer ni sebab korang boleh buat tulang pipi korang tu nampak, lagi-lagi yang pipi tembam macam aku ni, so shade jelah.

KOHL a.k.a Celak

Benda ni bertujuan untuk melukis kening, warna dia dark brown dan jenis kohl ni jenis yang dah abis kita perlu sharp tapi benda ni "agak payah disitu".

LIP BULLET a.k.a Gincu


Gincu ni berwarna oren ke merahan sikit, so pada yang berminat nak berbibir ala-ala kpop boleh la pilih warna ni code N14 , ianya agak lembab sedikit dibibir, dan ada glosy-glosy sikit.

LIPS a.k.a Gincu


Okie yang ni sangat FAV "kegemaran" warna die boleh diketogerikan sebagai warna paling OMG aku pernah gune. warna merah + purple sedikit, tapi bagi yang bekulit macam aku ni memang sesuai sangat  berbibir warna ni, code dia BURGUNDY contoh nak nengok kene ke tak kene dengan bibir aku boleh lihat aksi tak berapa nak comel, gambar bawah ni....


Tadaaaaa..... hasil bersolek dan itu dia itu dia bak hang.. lipstik merah gitu.. kalau comel terima kasih, tapi kalau tak comel, takpelah nak perasan sendiri boleh hihi..
Tamatlah cerita

Untuk maklumat lanjut boleh cari kite die :
FACEBOOK : N NADDYA HASSAN

nak follow kita :
INSTAGRAM : NNADDYAHASSAN




Rabu, 23 Oktober 2013

Persamaan krim TABITA, WONDER GLOW, A-DHA, 99


Peace be upon on you.

mari aku bercerita kisah ni.
aku dah pakai bermacam-macam jenis prodak muke, dari yang mengelupas sampai la yang tak mengelupas, dan aku rasa lebih elok aku ceritakan serba sedikit persamaan antara krim-krim dalam prodak  yang aku pernah pakai.

pertama sekali, dulu aku memang gelap ++++ tahap macam orang "asli" + "indian" dan aku sangat aktifdi sekolah, main kawat kaki, bola baling, hoki, bola jaring kalau boleh semua aku nak main la acara sukan ni... dan aku ada gelaran, macam  abang-abang aku memang kaki bahan aku "walaupon adik sendiri", diorang gelarkan aku dulu "bontot kuali" haha :D dan kawan-kawan serta cikgu-cikgu panggil aku "ana arumugem alycat", cerita betul ni. tapi sikit pun tak terasa bila dorang ejek-ejek... bagi aku ""takpelah orang nak cakap ape pun"..

Tapi bila meningkat dewasa terasa macam "malu" pulak hitam legam lagi kusamkan + jerawat lagi, dan aku mula dengan mengambil produk ni,,masa ni zaman (form3)

dulu aku pernah cube satu produk yang dibeli di pertaling street, iaitu "babyface". kalau korang pernah dengar babyface ni sekarang dah diharamkan, sebab produk tu boleh buat muke korang mengelupas dengan teruk.. betul tau.. memang teruk time tu muke aku mengelupas, tapi bila orang tanya aku cakap "semalam pergi laut, tu yang mengelupas", Hakikatnya... jeng jeng jeng....

Ini lah babyface, hara dalan belasan ringgit je.. produk ni dipakai dengan sabun "papaya".memang pedih habis bila muke tengah mengelupas lepas tu sabun lak dengan sabun papaya,pedih teramat beb.. tapiii..... memang menjadi, time tu lepas sebulan pakai jangan cakap hitam, semua hilang.. perhh memang putih habis cun habis.. tapi putih takat muke jelah tangan kaki tak setara, hahaha.. pelik kan.. (yela takkan nak pakai kat kaki tangan kot..). tapi betul jugak bahayanya produk ni, bila tak pakai, jerawat mencurah curah muncul, dan muke jadi gelap macam biasa balik. yang lagi bahayanya dia boleh menipiskan kulit korang..



Pada tahun 2010 ke 2011 lak aku cuba produk "TABITA" ha produk ni memang menjadi, dulu aku pernah cerita pasal produk ni, korang boleh klik SINI . tapi, haaaa ade tapi gak.. produk ni sama je dengan produk babyface tu, sebab tonner die sama bau, dan sama je bila pakai jadi pedih, tak percaya korang boleh beli dan bandingkan. lagi satu, produk tabita ni bila tak pakai pun muke jadi kembali seperti biasa dan naik jerawat!!! eieiei bengang betul.. mahal lak tu,time aku pakai ni tak popular lagi tabita. tapi sekarang bukan main hebat popular.  aku ingat lagi masa lepas pakai sebulan lect aku cakap"wah elmy makin putih". tapi sebab harga mahal aku stop la, student katakan mana ada duit sangat time tu..

next aku pakai produk adha produk dan 99 dan sekarang aku tengah pakai dan mencuba "wonder glow" . bagi aku terdapat beberapa persamaan antara krim-krim produk ni, macam produk 99, wonder glow, a-dha, tabita.. kenapa sama , sebentar




kalau korang boleh lihat krim krim ni dan korang bau memang sama.. tapi aku tak kaji lagi ape bahan-bahan yang digunakan dalam krim-krim ni. harga setiap jenama je berbeza-beza. Tapi terpulang pada semua yang pakai dan mengikut jenama masing-masing yang korang gunakan, selagi muke elok okla tu kan. aku akan update lagi wajah aku dulu dan sekarang ....

Ahad, 20 Oktober 2013

Just Won "JAWI JOY DIVISON" from anaabu_co

Simple Outfitt for Simple Day 





Overalls





CC : Overalls


WOLFGANG AND ME

OOTD 






CC : sunglasses + kemeja + tshirt + legging + reebok



Friends and Me

AKU DAN SAHABAT
Dalam dunia ni walaupun kita kosong,kawan tetap kene ada.










FEELING LONELY And EMPTY

Dalam kehidupan ni, kadangkala kita rasa kosong, macam aku, walaupon mempunyai kerjaya yang boleh tahan dan mempunyai ramai kawan, tapi aku rasa macam tak cukup..tak cukup.. entah apa yang aku nakpun aku tak tau .. diri oh diri





CC : Rayban + wool 


Love our environment

Aku dan alam sekitar. aku lebih suke menghirup udara hijau berbanding udara berasap diluar sana. kalau boleh, aku nak kerja didalam ni. tapi apekan daya dalam hutan mana ada tempat kerja 










Sabtu, 19 Oktober 2013

When i became "EDITOR". (wajah pertama kali saya bergelar "penyunting video")

PEACE BE UPON ON YOU
Bila pertama kali bekerja dan menjadi seorang "penyunting video" inilah rupaku.





Jumaat, 20 September 2013

BRACES UPDATE!! a.k.a si gigi besi "ini kali pasal elastics"

PEACE BE UPON ON YOU!!!
"Assalammualaikom"

Rasanya dah hampir 6 bulan baru cepat jugak rasanya gigi aku dah bergerak kedepan, dan aku rasa taknak pon cepat cepat bukak braces aku ni,bila benda dah sebati dengan jiwa dan hati kan. dan hari ini aku dah mula pakai elastics iaitu getah yang disangkutkan di gigi kiri dan kanan. Hari tu masa pergi jumpa doc aku dah standby dah nak pakai warna ape untuk elastics tie tapi tiba-tiba doc cakap tak payah guna sebab dia hanya nak pasang di setiap bracket aku dawai-dawai sahaja, benda tu lebih mempercepatkan pergerakkan gigi.

kembali kepada cerita elastics okie benda ni setiap malam atau setiap kali free kene pakai dekat tepi tepi gigi.


macam gambar kat atas ni. ianya bertujuan untuk pergerakkan rahang gigi tu bagi sama atas dengan bawah. dan kalau korang nak tau benda ni memang sakit ibarat masa kita mula mula pasang braces tu. dan time tu la aku akan rasa nak korek atau kopak je gigi aku sebab tak habis-habis rasa air liur keluar. makan bubur jela jawabnya.

cerita banyak pun tak guna mesti boring kan baca. korang layan je la video bawah ni.



BRACES UPDATE!!! Pegerakkan gigi

hai hai hai..


nampak gayanya gigi-gigi saya dah pun mula bergerak, time macam ni lah akan dapat rasa gusi berdarah. kadang-kadang bila malam rasa sakit je "oh rupa-rupanya gigi tengan berganjak kedepan".




BRACES UPDATE + COLOUR UPDATE!!

hai lama betul tak update pasal braces ni.. sekarang musim aku malas nak menaip jadi korang boleh usya-usya video update aku dekat keek https://www.keek.com/nnaddyahassan atau kalau korang nak usya gambar-gambar aku pulak, korang boleh la pergi ke instagram NNADDYAHASSAN.. 

Rabu, 5 Jun 2013

KEEKS jom main Keek para keekers

peace be upon on u!!!

hai korang, lama betol aku tak menulis di blog ni. rasa rindu pulak..

siapa ada keek angkat tangan :) hihihi .. okies kalau yang dah ade keek tu bagus! , dan pada yang takde keek tu, ape tunggu lagi buat lah...
kat dalam keek kita boeh share macam-macam tentang life kite secara lansung, dia diibaratkan korang main facebook/twitter then post status, lebih kurang lah, tapi ni versi video pulak. masa yang diambil untuk buat video di keek ni hanyalah 36 saat sahaja tak boleh lebih, kalau lebih tu serupa korang buat je account youtube kan... hahahak :P takut kalau panjang-panjang borak muak pulak orang nak layan.. ok next step.

CARA NAK DAFTAR


korang boleh connect terus ke account facebook atau twitter pada yang dah mempunyai kedua-dua account tu. pada yang belum korang ke login dahulu.


isikan segala details yang diperlukan.. itu saje senang bukan.. kalau dah ade sila-sila lah follow saya di keek :P @nnaddyahassan


Khamis, 4 April 2013

cerita ku oh BRACES part I

                              

salam peace be upon on u..

okies seperti yang anda dapat lihat didalam gambar diatas (tu aku la tu)....nak cerita benda best ni

PROBLEM AKU :'(
aku ada masalah iaitu masalah gigi tunggang kebelakang macam rongak dan 1 gigi di bawah yang jarak. dan hari ni hari pertama aku berjumpa dengan doktor gigi untuk buat braces..lama jugak aku survey kat mana klinik yang sesuai untuk aku buat braces ni. survey punye survey ada yang mahal sangat!!! ade yang serdehana mahal.. tapi alhamdulillah aku jumpe salah satu klinik yang murah dan aku dapat detail pun hasil dari rakan-rakan blog yang memudahkan lagi untuk aku mencari klinik yang okey untuk aku buat..

NIAT
niat nak pakai memang dah lama start dari sekolah lagi memang aku nak sangat pakai gagaggaa tapi sebab keadaan yang tak mengizinkan so aku pon tundakan.. tapi hari ni aku buat keputusan untuk gegar klinik gigi :D .

KLINIK
akhirnya hari ni pekara pertama sampai2 alhamdulillah tak ramai orang, sebab hari tu aku dah survey klinik ni mak aii ramai giler MEJORITI BERGIGI BESI tapi hari ni wahhh indah sangat lengang giler.
nama aku dipanggil dan doc pon chek itu chek ini..tanya "knp nk pakai braces" dan macam2 soalan lagi akhirnya doc terangkan kan keadaan gigi aku dan detail teperinci mengenai gigi aku..dalam hati ni (bila nak pasang gigi besi tak sabar) tapi relex dulu.... die panggil pebantu die tolong tampal tanah liat kat gigi aku wah exited ni



tanah liat die macam ni,dia akan tampal kat gigi korang macam tekap gitu :) .. selepas itu die akan xray gigi..aku ingat lepas buat semua ni dah siap sedia untuk pasang besi rupanya doc cakap "awak boleh buat walkin/appoinment untuk datang dan pasang besi pulak (kecewanya ingat terus pasang dah muke exited habis ni) hihi tapi takpelah so aku pon akan datang 3 minggu dari sekarang untuk bergigi besi :D

korang tunggu cerita seterusnya akan datang ya :D





Isnin, 25 Februari 2013

KAD KAWIN + BUSINESS CARD ++ kreatif & comel

Peace be upon on you...

siapa nak kawin!!!!!! semua orang nak kawin kan :P
siapa nak tempah business card!!
siapa nak tau design comel!!!


kat mana nak buat kad kawin/ business card/ table center piece yang style + comel + mudah difahami + kreatif + mengikut citarasa korang ..semestinya hanya di najlaaman..

inilah gadis comel NAJLAA AZMAN  
dan ini artwork nya....

WEDDING CARD
ni salah satu contoh kad kawin yang dibuat oleh si comel tu. apa yang aku paling minat sekali dengan hasil kerja tangan nye ialah sangat mudah difahami dan sangat comel, serta hasil kerja yang nya yang sangat kreatifffffffff..

kenapa aku cakap "mudah difahami"...

semua kad kawin wajib ada peta dibelakang untuk memberi panduan tetapi apa yang membezakan kad kawin dari najlaaman. petanya yang bewarna dan mempunyai logo-logo penting dan yang buat kita lagi senang nak faham :),pemilih tulisan juga amat dnitiberat . 

selain dari membuat kad kawin, najlaaman juga membuat...

BUSINESS CARD

TABLE CENTER PIECE

info :untuk maklumat lanjut korang boleh click NAJLAA AZMAN 
- www.facebook.com/jelaman


Sabtu, 23 Februari 2013

OUTING (sungai tengkala)

Peace be upon on you :)

Memandangkan asik bekerja didepan PC berediting jadi hari khamis lepas tempat aku bekerja buat satu outing yang boleh melegakan kepala dan membuka fikiran serta merehatkan otak. ape lagi kami ramai-ramai gegar pergi sungai tengkala. perhhh dah lama kut tak jejak kaki kat dalam sungai.. 


inilah family kami 


pintu masuk ke sungai tengkala. sungai tengkala ni terletak di semenyih ala kalau korang rajin pergi bukit broga, korang mesti lalu sini jugak :)


dekat sungai tengkala ni ada beberapa fasa anak tangga yang korang kene lalui. aku sarankan dari mula korang lakukan beberapa regangan tangan dan kaki dulu yekk. serius semput naik..tapi berbaloi naik atas-atas dapat tempat best.


dari pada atas sungai tengkala


aktiviti yang tak terlepas iaitu BBQ time.. sejuk sejuk sambil berbbq memang seronok... benda utama yang perlu ada ayam,danging,jangung,hotdog

sejuk giler air kat sini okay. beku semua


hope korang enjoys dengan cerita outing aku pada kali ni :) okies salam picca last sebelum balik dari sungai tengkala .. enjoys