Ahad, 9 Disember 2012

Salam Perpisahan Politeknik

peace be upon on u :)
akhirnya result keluar :) ,dan inilah ceriteraku .

Alhamdulillah amin... akhirnya dengan perasaan gembira bercampur hiba terterbitlah ayat ini "tamat sudah kehidupanku sebagai seorang pelajar di politeknik tuanku syed sirajuddin dalam jurusan Dipolma video dan pengajian filem (JABATAN REKABENTUK & KOMUNIKASI VISUAL). tak sangka pejam celik pejam celik hampir 3 tahun aku hidup di negeri yang indah dah yang tak aku duga pun boleh sampai sana dan belajar kat sana iaitu bumi PERLIS, pada mulanya aku memang tak berminat dengan kehidupan kat sana dan keadaan disana, tertapi lama kelamaan aku semakin suka dan sayang untuk meninggalkan tempat ini kerana bumi perlis lah mengajar aku apa erti menimba ilmu + berdikari + berjauhan + berperantauan + bersusah senang + persahabatan + kasih sayang + bertanggungjawab + kuat semangat + tolong menolong. berbagai pahit manis yang ada sepanjangan belajar disana menjadi memori yang akan aku simpan sampai bila-bila. kalau nak diceritakan memang panjang la dan tak pernah habis :) . rindu betol aku kat bumi perlis, rindu nak belajar, rindu kat kawan-kawan, rindu lect dan rindu pada semua kenangan ini.

SEMESTA 1 2010- inilah sebahagian besar rakan sekelas dan rakan seperjuangan Dipolma Video & Pengajian Filem, Tahun 2010 pelajar bacth 10 intake ke II ini lebih dikenali dengan perangai yang gila-gila dan kenakalannya terlebih kasihan cik izani(PA) kami mempunyai dua kelas jika dipecahkan dan ini gambar pabila bergabung dan kami mempunyai 1 penasihat akademik iaitu lebih mesra dengan panggilan mama izani :).

SEMESTA II 2010 - nengok muke makin xcomel tut.... hihi cerita tentang sem II hurmm.kenangan .masa sem II perangai bertambah++ teruk, nakal yang teramat, terlebih keseronokkan,terlalu enjoys yela masih baru-baru lagi jadi student akhirnya terkona la diri ini, sem II ni juga salah satu perkara yang aku tak mungkin lupakan sampai bila-bila.. dan benda tu buat aku rasa down, rasa nak berhenti dan macam-macam tapi manusia macam aku tak lari dari melakukkan kesilapan.. sem II ni telah membuat aku belajar erti (jaga diri,jangan terlalu berseronok, jangan terlalu huha huha,belajar tentang kesilapan).

SEMESTA III 2011 -kenangan Sem ni ialah sem teater haha, sem ni banyak lah bakat-bakat yang terselah yang ditunjukkan oleh rakan-rakan sekelas. mana taknya sem final projek ialah teater dan diketuai dengan pensyarah tersohor iaitu en tarmizi. sem ni ada dua teater yang berlainan iaitu teater matiatauwa dodadidodi dan teater kubur, kedua-dua teater ni mengutamakan tentang komedi teater. alhamdulillah teater yang dianjurkan pecah panggung dan berjaya. lagi lagi part secara spontan dan last minit part hantu indo,india,cina dan kerinting

SEM 5 2012 - selepas tamat sem 4 iaitu sem latihan industri masing-masing mempunyai bakat yang tersendiri dan kemajuan diri masing-masing terselah. kenangan sem 5 ermm banyak event yang kitaorang anjurkan, dan hasil gabungan DDS dan DDV event yang terbesar ialah event viscom, event ni memang paling perit merit dan sakit, tanggungjawab handle event ni kene saling tolong menolong giler-giler punye sampai ada juga yang bergaduh sebab subjek ni hihi.. then event yang kedua event game show,event ni budak kelas aku dan kelas dds buat, fokus utama seperti hari keluarga la katakan :) .

FINALLY inilah wajah-wajah SEM akhir pada tahun 2012 ni. malam makan malam bersama seluruh pelajar sem akhir, semuanya tampak bergaya dengan baju masing-masing yang bertemakan melayu klasik, kalau boleh nampak lect aku yang kecik molek kat tengah-tengah tu, itulah cik izani dialah yang banyak bersabar dengan anak-anak didik die ni . sem ni ialah sem yang penuh dengan kekuatan minda untuk kami perahkan untuk exam dan final projek kami yang terakhir dan sem ni juga menentukan segala-galanya. sedih juga nak meninggalkan zaman belajar dipoliteknik ni :'( rasa macam baru semalam daftar masuk hurmm tapi bagi yang berjaya teruskan perjalanan hidup kita masing-masing,teruskan mengejar cita-cita kita untuk yang seterusnya. persahabatan yang tak mungkin dilupakan sampai bila-bila.

ini pula sebahagian besar rakan-rakan dari kelas DDS :) 

sedikit pesananku buat insan-insan yang diingati :

kepada cik izani 
"terima kasih diatas segala nasihat serta tunjuk ajar cik kepada saya dan kawan-kawan yang lain, terima kasih kerana memberi tumpuan pada kami  sepanjang kami berada disana hampir 3 tahun, kami takkan lupakkan cik yang begitu mengambil berat,ingat lagi semasa cik datang kerumah sewa kami menjenguk tinny yang terkena kipas alangkah memberi perhatiannya cik kepada kami, terima kasih juga sebab belanja makan roti canai dengan air dekat pauh hihi :) . saya takkan lupa hari jadi cik yang budak-budak kelas prankkan haritu,semoga benda tu menjadi memori yang paling dingati :). maafkan dan halalkan segala2nya, ada jodoh kita berjumpa lagi ya cik izani".

kepada kawan-kawan
"terima kasih kerana tersenarai dalam kenangan aku terima kasih kerana menjadi simpanan memori yang paling indah dan banyak yang aku lalui dengan korang semua, banyak juga bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan dan dikongsikan. maafkan diri ini yang ada melakukkan kesalah samaada besar atau kecil, halalkan makan minum kepada yang pernah belanja :P . jangan lupa kalau kawin sila-sila jemput dan jangan pernah menyombongkan diri anda anda. semoga korang semua berjaya dalam menghadapi kehidupan yang seterusnya, semoga berjaya dalam apa bidang yang diceburui.terima kasih" selamat bergelar GRADUAN POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN


orang aceh sedang sembayang,
Hari jumaat tengah hari,
pergilah kasih pergilah sayang,
pandai pandai menjaga diri.

hujan turun badan pun basah,
batang galah haluan perahu,
niat dihati tak mahu berpisah,
kehendak allah siapa tahu.








1 ulasan: