Khamis, 25 Oktober 2012

LANGKAWI - 2 hari 1 malam enjoy berbajet RM150

peace be upon on you :)

helang yeahh .. aku berjaya jejakkan kaki kat langkawi lagi sekali sebelum tamat belajar di bumi perlis, dengan keadaan yang kusut serabut dengan final aku dah lama becadang nak tenangkan fikiran kat laut. memandangkan perlis ni takdelah jauh mana dengan langkawi jadi aku telah buat satu buget destinasi bersama-sama kawan dengan berbekalkan seorang RM150 kami berjaya pergi holiday horayy!! duit yang kitaorang cari ialah hasil kumpul and hasil tak makan sebab terlalu lama lupakan laut sampai rindu jadinya :)

hari pertama : laut!!!! omg omg nengok tu kaki aku berjaya jejak kat laut :') horaay.. rasa tenang gile bila nampak laut yang luas.. kalau korang nak tau bila korang ada masalah cuba jejak kaki kat laut segala masalah akan hilang (itu kalau aku lah) hihi lagi satu rugi kalau datang tapi tak mandi laut, jangan takut sangat ngan gelap okay :P

dengan bajet destinasi yang kitaorang ade, kitaorang xdelah nak makan benda-benda yang mewah. makan roti and minum air tin je ikutkan makan roti ni sama je harga korang makan nasi bujang atau nasi lemak (wakakka) tapi selera kitaorang lebih pada roti ni pulak :) lagi-lagi diwaktu mentari terik stay dalam ni lama-lama pon takpe sebab sejuk,sambil borak-borak panjang :D.

lepas habis makan ape lagi kita kasi ronda satu cenang la. rambang juga la lepas makan jalan-jalan sepanjang cenang tu haiss.kalau bawa banyak duit dapat gak shopink sakan hihi :D

langkawi sangat seronok bila di tengah malam, suasana malam yang sejuk sambil lepak-lepak borak panjang--panjang. rutin malam tu kitaorang kenal ngan budak langkawi and dorang ada ajar cara main card. wah ingatkan main card ni boring tapi tak and yang paling kelakar siapa kalah je kene ketuk ketampi 5 kali (tak main judi2 okay) lepas tu kitaorang jalan-jalan and pergi tepi pantai baring kat sana sambil tenangkan fikiran, dengan bau ombak,bau laut,angin .satu masalah pon aku tak ingat bila ada kat sana..perhh sangat seronok sampai lah pukul 4 baru kami pulang ke hotel and tidor zzzZZZ..

Hari kedua : awal-awal lagi kami dah bangun, rugi lah kalau pergi holiday bangun lambat-lambat betol tak... ape lagi perkena nasi lemak langkawi. perh memang sedap and terbaik rasanya, sampai sekarang teringat-ingat.

 lepas perkena nasi lemak yang sedap tu, kitaorang pun jalan-jalan pusing satu langkawi, okie yang drive tu aku dan sebelah aku biha, untuk hari ini aku rehatkan die dari memandu dan jadi pembaca map pulak tapi biha ni memang kelakar baca map pon boleh buat sesat adeh adeh parah.. tapi takpe jalan je la kan walaupon dah banyak kali kitaorang dah pergi :) .ni bahagian hadapan nak nengok bahagian belakang tak?
tadaaaa... mula mula nak jalan yang belakang layan je nengok jalan, tapi lepas 15 minit amik kau try usha belakang semua dah tido yang sorang tu dah sampai jepun dah pun :P .

akhirnya setelah penat ronda-ronda kami pun membuat keputusan nak hanta kereta di kuah sebab jam pun dah nak pukul 1, lepas je hanta kereta kami pun jalan kaki ke tempat burung helang ni, rugi tau kalau datang tak bergambar kat sini, baru nampak yang korang pergi langkawi and ada memori kat sini :)

BAJET DESTINASI KAMI
tiket ferry pergi balik : Rm18 pergi - Rm18 balik
kereta sewa myvi       : Rm100 bahagi 5 sorang Rm20
minyak kete              : Rm20 bahagi 5 sorang Rm5
hotel                         : Rm 70 bahagi 5 sorang Rm14
makan minum sehari  : Rm10 ,untuk dua hari Rm20
TOTAL  RM95

duit lebih boleh la beli macam-macam horay!!!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan