Jumaat, 2 Mac 2012

handfone mati terkencing semasa tidur kenangan kenangan :P

kenangan tiba-tiba buat aku teringat handfone, sejarah handfone yang pernah wujud bersama aku. dan banyak pahit manis aku bersama handfone


ERICSON T10

jenama ericsson pada masa tu handfone takde colour lagi tau,
 screen pon kecik je. tepi tu siap ade areal signal lagi :) tapi
sayang jugak pada hanfone gemok ni.
ceritaku bermula disini, seawal darjah 4 lagi aku sudah mula memakai handfone, mungkin pada tahun itu tahun 2001 handfone ini handfone yang abang aku gunakan, dan dia tidak ingin memakai hanfone itu lagi, jadi aku yang pakai tahun pada masa tu handfone takdelah canggih mana tapi dah dikirakan canggih gak tu :) aku gunakan sampai umur aku tingkatan 1 :) .


PANASONIC A100

kecik kan handfone ni, cumel je kan, aku rindu nak pakai handfone ni panasonic A100,
mempunyai gegaran yang sangat kuat hihi greggg..greggg. 
pada tahun 2005, pemberian mama :) aku mula pakai handfone paling comel sekali sebab dia saat kecik, banyak kenangan aku bersama hanfone ni, handfone ni sangat berguna alarm dia, nada dering dia kuat sangat bunyi kring..kring..kring. tu pasal la tahun sepanjang hidup aku pakai fone tu tahun yang paling rajin aku pergi sekolah hihi :) . lepas tu kat sekolah selalu ada spotcek, senang giler nak nyorokkan fone ni :) portport yang aku letak tepi stokin boleh, bawah stokin, selit kat lipatan kain bahagian pinggang tu, then selit kat anak tudung hihi itulah antara port terbaik aku :) . akhirnya handfone ni mati secara tiba tiba tak ingat sebab ape mungkin masuk air :) .


MOTOROLA NIPIS (kenangan paling kelakar)

motorola nipis, ringan sangat tetapi speakernya mudah pecah sedikitt
pada tahun 2007 semasa aku tingkatan 3 , pemberian mama juga :) dia berikan aku motorola ha.. pada tahun tu tahun handfone dah banyak orang pakai screen bewarna dan aku mula teringin nak handfone semaju itu. yelah orang boleh hantar mms gambar kan . tapi satu rasia besar handfone ni mati sebab (malu pulak nak cerita,tapi takpe cerita ni kenangan) pada malam tu aku tahan kencing sebab aku takut nak pergi tandas malam-malam tah macam mana, aku boleh mimpi yang aku pergi tandas dan dalam mimpi tu memang sebijik macam betul, tapi tidak kusangka yang aku terkencing kat tilam dan tak sangka pulak handfone ni bawah badan aku tah macam mana terkena bila nak on tak boleh terus mampus dan aku takut mama mara aku tak bagitau dia hanfone tu rosak, terus aku beli handfone yang sama jenis dan warna supaya mama tak tahu :) .  saya mintak maaf ni semua gara-gara mimpi tu lah.


SONY ERICSON T303a

pada umur aku 17 nak ke 18 tahun, sekali lagi handfone aku ditukarkan akibat handfone sebelumnya rosak, jadi lepas habis sekolah, aku membantu mama di cafenya, masa tu muke aku monyok betol sebab takde handfone macam mana nak text bf :P .mungkin mama dah malas nak bagi aku handfone mahal jadi masa hari jadi aku mama dan cik nani tak silap kawan baik mama, mereka keluar dan sambil aku menunggu mama di cafe untuk pulang, aku diberikan hadiah handfone ini . tapi tak lama selepas tu handfone ni terminum air nescafe yang tak sengaja tertumpah hais cuainya aku, akhirnya ianya mati.
kemudahanya nengok depan tu macam cermin kan, memandangkan aku rajin nak usha jerawat
jadi senang, cuma nengok cermin fone saje hihi

CSL BLUEBERRY I

selepas tragedi air nescafe, mama memberikan ku hadiah handfone CSL BLUEBERRY I ni, handfone ni still ada lagi, cume screen nya sahaja yang pecah tapi masih boleh nampak lagi, yang bestnya hanfone ni boleh letak dua simcard, aku gunakan simcard maxis dan celcom, handfone ni sangat kuat speakenya, aku suke buat kerja sambil letak handfone ni dalam cawan, lagi bergemalah muziknya :) .


SONY ERICSON YARI
Yari handfone ni sangat cantik, masa aku di pengajian tinggi, aku telah gunakan duit dari PTPTN untuk mendapatkan handfone ni, kenangan aku bersama handfone ni ialah banyak membantu aku dari 3G besama kawan-kawan, nak pergi mana kawan call 3G je bukan main lagi, pada masa ni aku pakai tiga number(wah kalah orang bisnes kan) selepas bosan,handfone ni akhirnya aku jualkan kepada kawan adik aku, dan aku gunakan handfone seterusnya.


BLACKBERY BOLD 9700 WHITE & BLACK
blackie dan whitekie
semakin maju semakin aku seronok dengan handfone yang lain, kali ni semasa aku menjalani latihan industri masa tu sem 4, dari sem 3 lagi aku memang berhajat besar nak pakai blackberry sebab pada masa ni keluarannya mendapat sambutan hangat, dapat je PTPTN aku terus beli, aku beli blackberry bold white yang aku namakanya whitekie , aku beli kat kedai yang kawan saudara aku keje, aku hanya membank in kan sahaja duit, selepas hampir tiga ke empat bulan aku gunakan handfone ni, secara tiba-tiba ianya mempunyai problem pada bahagian tengah keypad, aku hantar ke kedai kerana aku tak dapat waranty pun. aku repair dikedai-kedai biasa, selepas seminggu aku gunakan okay tapi 3 minggu selepas itu rosak kembali seperti kes sama, kali ni aku hanta lagi dikedai yang sama, hampir satu bulan kemudian handfone baru pulih sebab banyak kali aku datang nak amik fone ,ianya rosak kembali. aku rasa menyesal kerana aku beli handfone yang tiada waranty, kemudian aku tukar kedai repair, kali ni aku hantar di sungai wang, orang tu cakap "amoi awak boleh pergi jalan-jalan dulu ye, nnti sudah siap saya call awak, 2 jam sahaja ya" . akhirnya lepas dua jam aku amik whitekie, aku sangat gembira whitekie sehat kembali,dan kuminta warinty, dia bagi. selepas 2 minggu handfone kembali rosak owh hampanya aku rasa, selepas itu aku pulangkan kembali kat kedai yang aku repair haritu dan aku berikan surat warinty itu, alangkah terkejutnya aku cina tu tak mengenali aku, padahal baru dua minggu lepas aku repair kat dia, lepastu ku beri bukti surat warinty tu, dia boleh cakap "i tak buat u punya pon, u pon i tak kenal, tak pernah pon nengok hanfone ni". geram gila bila aku dengar dia cakap macam, time aku pergi tu aku bersama syaffiq, syaffiq dah naik geram macam nak tumbok cina tu, yang aku pulak tengah tahan nangis sebab fone rosak padahal tauke ni yang pernah repair tapi buat-buat lupa pula. 

dah hampir berapa bulan, dan selepas aku berjaya lupakan kisah cina sungai wang yang tipu aku tu, aku terus abaikan handfone whitekie aku tu. aku pakai handfone makcik aku sekejap, dan tak lama lepas tu satu kejadian pula menimpa aku, handfone makcik yang aku gunakan tu boleh pulak hilang semasa aku tengah shoting di jalan baru, dan number yang aku pakai dari aku ada hanfone lama tu pon turut hilang. 

26/02/2012 akhirnya
tibanya hari kelahiranku, mama sekali lagi memberikan ku hadiah handfone dan aku pilih blackberry yang sama cuma berwarna hitam, dan ku gelarkannya BLACKIE.
pesanan : kepada blackie aku harap kau tak rosak, kasihan mama dan banyak kali bagi handfone kat aku, jangan hampakan aku ya handfone :) 
pesanan kepada pembaca : jangan ejek saya ya kisah lepas tu haha jatuh air muka saya :P tapi sekarang tidak lagi :P