Khamis, 16 Februari 2012

jauhi aku dari FITNAH!!





fitnah ialah tajuk utama aku hari ini, tujuan aku menulis berkenaan ini untuk meneggakkan sesuatu yang tidak benar atau erti kata lain, difitnah!!!

"Sesungguhnya telah kami turunkan Al-Quran kepadamu dengan haq (tidak dapat dibantah kebenarannya) agar kamu mengadili (perselisihan) antara manusia menurut wahyu Allah kepadamu. Janganlah engkau membela orang-orang yang khianat"
(An-Nisa : 105)

aku tidak tahu apa dosa aku dan kawan-kawan, setiap sem kami diduga dengan bermacam-macam tuduhan, mereka menilai dari sudut luaran, aku serta rakan-rakan ku kebanyakkan yang asalnya dari selatan seperti kl,johor,kuatan,dan lain-lain, mungkin cara kami agak berbeza tapi kami tetap manusia biasa yang mempunyai agama. sebelum ini kami difitnah dengan bermacam-macam, kami hanya bersabar, kini sekali lagi kami difitnah, fitnah ini memang fitnah yang tidak aku buat dan tidak telintas dalam pemikiran untuk aku dan kawan-kawanku melakukan iaitu memfitnah/menuduh kami minum arak, ada orang nampak dalam rumah kami ada botol arak! astagfirullah... fitnah sungguh kejam!! sungguh aku tidak percaya kawan sekolej ku boleh menayakan soal itu , aku cuma  ingin bertanya pada mereka..
*berapa lama korang kenal aku dengan kawan-kawan ha !!! sampai kau percaya dengan kata-kata orang yang kau tak kenal yang cakap aku dan kawan-kawan serumah minum.
aku kenal kawan-kawanku ,aku kenal diriku, aku ada agama apa mungkin aku lakukan benda terkutuk itu, aku masih ada agama!! dari kecik aku diajar dengan didikkan yang sempurna, disekolahkan, diajarkan aku didikkan agama yang cukup, pecah kalimah allah tau tak kalau aku minum, dosa!! dosa tau tak!!
sungguh aku sedih dengan kawan-kawan yang sanggup percaya dengan kata-kata fitnah buah mulut orang, mereka memandang jahat seolah-olah kami sekumpulan yang jahat dan nakal.  

”Wahai orang-orang yang beriman bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah semata-mata kotor (najis / keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya”.
(Surah Al- Maidah ayat 90)


ya allah bantulah hambamu ini, jauhikan lah kami dari sebarang fitnah, permudahkanlah untuk kami menuju kejayaan,kecemerlangan kami.


pesanan kepada rakan-rakan lama : sungguh aku tak sangka!!! korang menganggap kami seperti itu. dont junge a book by its cover!! muke kami nampak nakal tapi hati kami korang tau ke?? jangan tulis macam kami tak sembayang, tak tau agama boleh tak! semoga orang yang memfinah ini bertaubat...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan