Isnin, 6 Februari 2012

hasil Baucer buku 1 malaysia

hasil baucer buku 1 malaysia
terima kasih kepada kerajaan kerana telah memberi baucer buku 1 malaysia kepada pelajar-pelajar IPTA . baiklah inilah beberapa alat yang berguna yang aku dapat dengan hasil baucer yang digunakan dengan penuh cermat. tak pernah dalam sejarah aku berjaya memenuhkan pensil box, akhirnya tahun ni aku berjaya dengan dipenuhi pelbagai jenis pen,liquid,pembaris,gam,stapler,gunting dan bermacam lagi alat yang dapat aku penuhkan dalam bekas pensil itu. selain itu aku juga dapat beli beberapa jenis kertas antaranya kertas A4 paper untuk print, kertas stiker, dan tempat letak buku-buku dan yang paling penting ink printer hais selamat ada baucer ni kalau tak memang tak lah nak melayang duit nak beli ink dah lah mahall. kepada kawan-kawan diluar marilah kita gunakan baucer buku ini dengan cermat, beli dengan jimat jangan beli mahal-mahal nanti dapat sikit je menyesal pulak kan.
P/S : terima kasih diatas pemberian baucer buku serta janganlah kita salah gunakan baucer ini ya :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan