Selasa, 28 Februari 2012

26/02 my born :)


hai hai korang :) nak update cerita baru untuk dikongsikan hihi :) . pada 26/02 iaitu ahad lepas ialah hari jadi aku yang ke 21 :) . walaupon tiada sambutan,tiada cake tapi aku dikasihkan dengan hadiah :) ingatkan dah besar macam ni tak dapat hadiah, tapi dapat jugak dari seorang ibu yang amat aku kasihi bondaku puan amy, memandangkan aku baru sahaja kehilangan handfone nokia selepas handfone blackberry rosak, jadi mama bawak aku keluar sambil usha handfone2 di kedai, dalam banyak-banyak fone aku tetap berkenan kat handfone lama aku iaitu blackberry, mama suruh pilih sendiri, even kupandang new samsung, new nokia,new sony tapi mata aku hanya terdetik pada hanfone blackberry sahaja, tahlah aku pun tak tau kenapa aku tak boleh nak lari dari blackberry ni hurmm,pilihan sudah dibuat akhirnya keputusan aku ialah mengambil blackberry itu hihi melihat keORIwannya agar aku tidak tertipu lagi, dan akhirnya aku puas hati dan terima kasih pada bondaku puan amy, aku akan hargai pemberian ini dan takkan sekali aku biarkan ianya rosak seperti dulu :) .
from mama
kasihku sayangkku :) pemberian dari BF sebuah lukisan yang dilukis, menggambarkan aku didalamnya, rambut, mata, dan ucapan dibawahnya yang buat aku tersenyum bila memandang lukisan itu. terima kasih buat hasil kerja tangan yang dilukis oleh awak sendiri, idea awak :) sangat comel, menunjukkan gambaran awak terhadap saya dalam tu :) bila nengok je tergelak sendiri tau.
from syaffiq bashir
Pesanan saya : ingin mengucapkan banyak-banyak terima kasih kat family, kawan-kawan, kawan-kawan dari lama facebook,twitter yang sudi memberi ucapan dan ingat pada aku. terima kasih pada semua :) 

Khamis, 16 Februari 2012

jauhi aku dari FITNAH!!





fitnah ialah tajuk utama aku hari ini, tujuan aku menulis berkenaan ini untuk meneggakkan sesuatu yang tidak benar atau erti kata lain, difitnah!!!

"Sesungguhnya telah kami turunkan Al-Quran kepadamu dengan haq (tidak dapat dibantah kebenarannya) agar kamu mengadili (perselisihan) antara manusia menurut wahyu Allah kepadamu. Janganlah engkau membela orang-orang yang khianat"
(An-Nisa : 105)

aku tidak tahu apa dosa aku dan kawan-kawan, setiap sem kami diduga dengan bermacam-macam tuduhan, mereka menilai dari sudut luaran, aku serta rakan-rakan ku kebanyakkan yang asalnya dari selatan seperti kl,johor,kuatan,dan lain-lain, mungkin cara kami agak berbeza tapi kami tetap manusia biasa yang mempunyai agama. sebelum ini kami difitnah dengan bermacam-macam, kami hanya bersabar, kini sekali lagi kami difitnah, fitnah ini memang fitnah yang tidak aku buat dan tidak telintas dalam pemikiran untuk aku dan kawan-kawanku melakukan iaitu memfitnah/menuduh kami minum arak, ada orang nampak dalam rumah kami ada botol arak! astagfirullah... fitnah sungguh kejam!! sungguh aku tidak percaya kawan sekolej ku boleh menayakan soal itu , aku cuma  ingin bertanya pada mereka..
*berapa lama korang kenal aku dengan kawan-kawan ha !!! sampai kau percaya dengan kata-kata orang yang kau tak kenal yang cakap aku dan kawan-kawan serumah minum.
aku kenal kawan-kawanku ,aku kenal diriku, aku ada agama apa mungkin aku lakukan benda terkutuk itu, aku masih ada agama!! dari kecik aku diajar dengan didikkan yang sempurna, disekolahkan, diajarkan aku didikkan agama yang cukup, pecah kalimah allah tau tak kalau aku minum, dosa!! dosa tau tak!!
sungguh aku sedih dengan kawan-kawan yang sanggup percaya dengan kata-kata fitnah buah mulut orang, mereka memandang jahat seolah-olah kami sekumpulan yang jahat dan nakal.  

”Wahai orang-orang yang beriman bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah semata-mata kotor (najis / keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya”.
(Surah Al- Maidah ayat 90)


ya allah bantulah hambamu ini, jauhikan lah kami dari sebarang fitnah, permudahkanlah untuk kami menuju kejayaan,kecemerlangan kami.


pesanan kepada rakan-rakan lama : sungguh aku tak sangka!!! korang menganggap kami seperti itu. dont junge a book by its cover!! muke kami nampak nakal tapi hati kami korang tau ke?? jangan tulis macam kami tak sembayang, tak tau agama boleh tak! semoga orang yang memfinah ini bertaubat...

Sabtu, 11 Februari 2012

HAPPY BUFDAY TO NANA


hari ni 12/2 aku dah kawan-kawan yang lain berpakat membuat kejutan kat kawan kami sorang ni sempena dengan hari jadi die yang ke 21 tahun :) . sambutan disambut di kfc :) . dah lama kami tak berkumpul bersama macam ni, ialah ada yang pernah bergaduh tapi benda lama tak menjadi halang untuk kitaorg bersama bali, kitaorg dah buang benda-benda lama tak payah pikir lagi. banyak kenangan bersama terimbas sikit demi sikit bila melepak bersama,  dan hari ini dapat bersama :) . masa lepak tadi pun banyak benda yang kami sharekan hihihi :) semoga hari-hari mendatang dapat la kita lepak berkumpul bersama lagi tau tau. cuma baby je tak dapat join masa ni sian die sakit. kepada kawan-kawan lain aku happy dapat lepak tadi n makan kek ice-cream yummy sedap gilerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr grrr nak lagi, nak lagi..

P/S to nana : semoga bahagia bersama insan tersayang, selamat habiskan belajar bersama-sama, semoga berjaya dihari mendatang kelak yeah.. 

Khamis, 9 Februari 2012

TUMBLR :)

usaha end!

hais idaman-idaman tapi , bila la agaknya dapat aku sentuh idaman-idaman aku ni kan. takat pandang je kut hurmm :) takpe-takpe kita try kumpul money sikit-skit usaha sikit jangan harapkan duit mak ayah. bukan apa kalau beli barang dari duit dorang mesti kita tak kesah kalau barang tu letak sana sini, bagi pinjam sana sini. tapi cuba kita try beli pakai duit sendiri ha tau lah nanti jaganya, adik nak sentuh pon boleh kene pukul hhihi :).
berjaya kah aku nak dapatkan idaman-idaman aku untuk tahun ni hurmm.. usaha end come onn!!! hihi :)

Rabu, 8 Februari 2012

HARGAI IBU DAN AYAH




Kerja tangan ku bila kebosanan

paperbeads
rutin harianku bila petang-petang yang bosan. membuat paperbeads tok earfone lagi bagus kan mengisi ruang yang ada :)

Selasa, 7 Februari 2012

Azam untuk rambut panjang!!

layak tak??
azam untuk aku panjangkan balik rambut aku dan mempunyai gaya rambut depan yang macam gambar diatas :) . tapi sesuai tak korang rasa? kene tak? hihi :) tunggu dan lihat je la k, sempena dengan azam aku ni, banyak jugak yang aku dah try research petua serta vitamin untuk aku mempercepatkan dan menjaga rambut agar terus sehat, akan aku kongsikan bersama korang ye :)

Isnin, 6 Februari 2012

kuala perlis medan makan

pic atas : saya,biha,bby,rolex
pic bawah : anna,biha,bby,rolex
makan-makan di jeti kuala perlis. sebenarnya aku sangat merindui masakkan mama haisss.. plan yang dirancang ini akhirnya menuju ke jeti kuala perlis, kat situ memang banyak sangat medan selera berdekatan dengan laut, menu utama yang aku pilih ialah seafood "UDANG HARIMAU" yang berjaya menarik mata aku sebab besar yummy(masak pedas macam mama masak).. makan punye makan antara paling mahal sekali time nak bayar nak tau siapa? mesti dapat teka kan, ya aku(dalam hati "oh tidakkk") dah lah study diperantauan, duit family bagi hajat dihati nak menyimpan bajet-bajet sikit tapi malang... erkk nak buat macam mana kan terpaksa lah bayar takkan nak mencuci pinggan pulak huhu.. :P sebenarnya kitaorang walaupon stay study sini tpi jarang betul nak dapat keluar jalan-jalan macam ni, selalu rutin dalam rumah je lah, makan masak pun kat rumah :) ni bila dapat keluar sekali sekala juga lah keluarkan duit ni tapi walaupon sekali impak dia besar pulak hurmmm :) . tapi macam mana pun pada hari tu keluar memang best . ditemani dengan kawan-kawan baik cume (omak/angah) je yang takde masa tu, sibuk dengan assgmnt.

gelagat setiap seorang bila dapat makan

hasil Baucer buku 1 malaysia

hasil baucer buku 1 malaysia
terima kasih kepada kerajaan kerana telah memberi baucer buku 1 malaysia kepada pelajar-pelajar IPTA . baiklah inilah beberapa alat yang berguna yang aku dapat dengan hasil baucer yang digunakan dengan penuh cermat. tak pernah dalam sejarah aku berjaya memenuhkan pensil box, akhirnya tahun ni aku berjaya dengan dipenuhi pelbagai jenis pen,liquid,pembaris,gam,stapler,gunting dan bermacam lagi alat yang dapat aku penuhkan dalam bekas pensil itu. selain itu aku juga dapat beli beberapa jenis kertas antaranya kertas A4 paper untuk print, kertas stiker, dan tempat letak buku-buku dan yang paling penting ink printer hais selamat ada baucer ni kalau tak memang tak lah nak melayang duit nak beli ink dah lah mahall. kepada kawan-kawan diluar marilah kita gunakan baucer buku ini dengan cermat, beli dengan jimat jangan beli mahal-mahal nanti dapat sikit je menyesal pulak kan.
P/S : terima kasih diatas pemberian baucer buku serta janganlah kita salah gunakan baucer ini ya :)

Jumaat, 3 Februari 2012

rindu mereka berdua :')

KARMI BINTI SALAMON (amy)
+
MOHD DOL BAHAR BIN SAMAD (Hassan)

Rabu, 1 Februari 2012

kumpulah syiling/dinar emas kerana ia bakal digunakan

kepada pengemar yang sudi membaca blog aku ini, aku ingin berkongsi serta menggalakkan korang mengumpul duit syiling/dinar emas demi masa depan kita, kerana sistem duit kertas tidak lama lagi akan digantikan dengan sistem dinar emas waallahhualam...
pesanan kepada anda yang berbangda melayu lagi mewarisi agama islam, anda merupakan umat terpilih untuk bangkit percikan perang dunia ke 3 kerana apa, kerana di bumi anda inilah bangkit sistem matawang islam. iaitu sistem dinar emas yang bakal menjatuhkan empayar ekonomi yahudi.


bekas pedana menteri kita juga iaitu dr mathadir pernah menggesa anggota persidangan negara-negara islam OIC menggunakan dinar emas untuk menghalang america syarikat dan yahudi terus menguasai ekonomi dunia.
sekian terima kasih.