Ahad, 9 Disember 2012

Salam Perpisahan Politeknik

peace be upon on u :)
akhirnya result keluar :) ,dan inilah ceriteraku .

Alhamdulillah amin... akhirnya dengan perasaan gembira bercampur hiba terterbitlah ayat ini "tamat sudah kehidupanku sebagai seorang pelajar di politeknik tuanku syed sirajuddin dalam jurusan Dipolma video dan pengajian filem (JABATAN REKABENTUK & KOMUNIKASI VISUAL). tak sangka pejam celik pejam celik hampir 3 tahun aku hidup di negeri yang indah dah yang tak aku duga pun boleh sampai sana dan belajar kat sana iaitu bumi PERLIS, pada mulanya aku memang tak berminat dengan kehidupan kat sana dan keadaan disana, tertapi lama kelamaan aku semakin suka dan sayang untuk meninggalkan tempat ini kerana bumi perlis lah mengajar aku apa erti menimba ilmu + berdikari + berjauhan + berperantauan + bersusah senang + persahabatan + kasih sayang + bertanggungjawab + kuat semangat + tolong menolong. berbagai pahit manis yang ada sepanjangan belajar disana menjadi memori yang akan aku simpan sampai bila-bila. kalau nak diceritakan memang panjang la dan tak pernah habis :) . rindu betol aku kat bumi perlis, rindu nak belajar, rindu kat kawan-kawan, rindu lect dan rindu pada semua kenangan ini.

SEMESTA 1 2010- inilah sebahagian besar rakan sekelas dan rakan seperjuangan Dipolma Video & Pengajian Filem, Tahun 2010 pelajar bacth 10 intake ke II ini lebih dikenali dengan perangai yang gila-gila dan kenakalannya terlebih kasihan cik izani(PA) kami mempunyai dua kelas jika dipecahkan dan ini gambar pabila bergabung dan kami mempunyai 1 penasihat akademik iaitu lebih mesra dengan panggilan mama izani :).

SEMESTA II 2010 - nengok muke makin xcomel tut.... hihi cerita tentang sem II hurmm.kenangan .masa sem II perangai bertambah++ teruk, nakal yang teramat, terlebih keseronokkan,terlalu enjoys yela masih baru-baru lagi jadi student akhirnya terkona la diri ini, sem II ni juga salah satu perkara yang aku tak mungkin lupakan sampai bila-bila.. dan benda tu buat aku rasa down, rasa nak berhenti dan macam-macam tapi manusia macam aku tak lari dari melakukkan kesilapan.. sem II ni telah membuat aku belajar erti (jaga diri,jangan terlalu berseronok, jangan terlalu huha huha,belajar tentang kesilapan).

SEMESTA III 2011 -kenangan Sem ni ialah sem teater haha, sem ni banyak lah bakat-bakat yang terselah yang ditunjukkan oleh rakan-rakan sekelas. mana taknya sem final projek ialah teater dan diketuai dengan pensyarah tersohor iaitu en tarmizi. sem ni ada dua teater yang berlainan iaitu teater matiatauwa dodadidodi dan teater kubur, kedua-dua teater ni mengutamakan tentang komedi teater. alhamdulillah teater yang dianjurkan pecah panggung dan berjaya. lagi lagi part secara spontan dan last minit part hantu indo,india,cina dan kerinting

SEM 5 2012 - selepas tamat sem 4 iaitu sem latihan industri masing-masing mempunyai bakat yang tersendiri dan kemajuan diri masing-masing terselah. kenangan sem 5 ermm banyak event yang kitaorang anjurkan, dan hasil gabungan DDS dan DDV event yang terbesar ialah event viscom, event ni memang paling perit merit dan sakit, tanggungjawab handle event ni kene saling tolong menolong giler-giler punye sampai ada juga yang bergaduh sebab subjek ni hihi.. then event yang kedua event game show,event ni budak kelas aku dan kelas dds buat, fokus utama seperti hari keluarga la katakan :) .

FINALLY inilah wajah-wajah SEM akhir pada tahun 2012 ni. malam makan malam bersama seluruh pelajar sem akhir, semuanya tampak bergaya dengan baju masing-masing yang bertemakan melayu klasik, kalau boleh nampak lect aku yang kecik molek kat tengah-tengah tu, itulah cik izani dialah yang banyak bersabar dengan anak-anak didik die ni . sem ni ialah sem yang penuh dengan kekuatan minda untuk kami perahkan untuk exam dan final projek kami yang terakhir dan sem ni juga menentukan segala-galanya. sedih juga nak meninggalkan zaman belajar dipoliteknik ni :'( rasa macam baru semalam daftar masuk hurmm tapi bagi yang berjaya teruskan perjalanan hidup kita masing-masing,teruskan mengejar cita-cita kita untuk yang seterusnya. persahabatan yang tak mungkin dilupakan sampai bila-bila.

ini pula sebahagian besar rakan-rakan dari kelas DDS :) 

sedikit pesananku buat insan-insan yang diingati :

kepada cik izani 
"terima kasih diatas segala nasihat serta tunjuk ajar cik kepada saya dan kawan-kawan yang lain, terima kasih kerana memberi tumpuan pada kami  sepanjang kami berada disana hampir 3 tahun, kami takkan lupakkan cik yang begitu mengambil berat,ingat lagi semasa cik datang kerumah sewa kami menjenguk tinny yang terkena kipas alangkah memberi perhatiannya cik kepada kami, terima kasih juga sebab belanja makan roti canai dengan air dekat pauh hihi :) . saya takkan lupa hari jadi cik yang budak-budak kelas prankkan haritu,semoga benda tu menjadi memori yang paling dingati :). maafkan dan halalkan segala2nya, ada jodoh kita berjumpa lagi ya cik izani".

kepada kawan-kawan
"terima kasih kerana tersenarai dalam kenangan aku terima kasih kerana menjadi simpanan memori yang paling indah dan banyak yang aku lalui dengan korang semua, banyak juga bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan dan dikongsikan. maafkan diri ini yang ada melakukkan kesalah samaada besar atau kecil, halalkan makan minum kepada yang pernah belanja :P . jangan lupa kalau kawin sila-sila jemput dan jangan pernah menyombongkan diri anda anda. semoga korang semua berjaya dalam menghadapi kehidupan yang seterusnya, semoga berjaya dalam apa bidang yang diceburui.terima kasih" selamat bergelar GRADUAN POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN


orang aceh sedang sembayang,
Hari jumaat tengah hari,
pergilah kasih pergilah sayang,
pandai pandai menjaga diri.

hujan turun badan pun basah,
batang galah haluan perahu,
niat dihati tak mahu berpisah,
kehendak allah siapa tahu.








Sabtu, 8 Disember 2012

Bowler hat fashion-bergaya bersama bowler

peace be upon on you
kawan-kawan mari kita bergaya dengan bowler dikepala.





sekarang trend pakai topi bowler yang tengah naik. kalau korang pergi shopink mall kat patung-patung tu mesti ada bowler hat. senang je nak cari topi macam ni. korang boleh pergi beli dekat bb/sungai wang kat tingkat atas dengan harga RM45 kebawah .. aku syorkan korang beli kat kedai je dari beli kat online yela kadang-kadang ada online shop yang jual bowle hat ni mahal! hikhikhik jadi selamat bershopink

Khamis, 25 Oktober 2012

LANGKAWI - 2 hari 1 malam enjoy berbajet RM150

peace be upon on you :)

helang yeahh .. aku berjaya jejakkan kaki kat langkawi lagi sekali sebelum tamat belajar di bumi perlis, dengan keadaan yang kusut serabut dengan final aku dah lama becadang nak tenangkan fikiran kat laut. memandangkan perlis ni takdelah jauh mana dengan langkawi jadi aku telah buat satu buget destinasi bersama-sama kawan dengan berbekalkan seorang RM150 kami berjaya pergi holiday horayy!! duit yang kitaorang cari ialah hasil kumpul and hasil tak makan sebab terlalu lama lupakan laut sampai rindu jadinya :)

hari pertama : laut!!!! omg omg nengok tu kaki aku berjaya jejak kat laut :') horaay.. rasa tenang gile bila nampak laut yang luas.. kalau korang nak tau bila korang ada masalah cuba jejak kaki kat laut segala masalah akan hilang (itu kalau aku lah) hihi lagi satu rugi kalau datang tapi tak mandi laut, jangan takut sangat ngan gelap okay :P

dengan bajet destinasi yang kitaorang ade, kitaorang xdelah nak makan benda-benda yang mewah. makan roti and minum air tin je ikutkan makan roti ni sama je harga korang makan nasi bujang atau nasi lemak (wakakka) tapi selera kitaorang lebih pada roti ni pulak :) lagi-lagi diwaktu mentari terik stay dalam ni lama-lama pon takpe sebab sejuk,sambil borak-borak panjang :D.

lepas habis makan ape lagi kita kasi ronda satu cenang la. rambang juga la lepas makan jalan-jalan sepanjang cenang tu haiss.kalau bawa banyak duit dapat gak shopink sakan hihi :D

langkawi sangat seronok bila di tengah malam, suasana malam yang sejuk sambil lepak-lepak borak panjang--panjang. rutin malam tu kitaorang kenal ngan budak langkawi and dorang ada ajar cara main card. wah ingatkan main card ni boring tapi tak and yang paling kelakar siapa kalah je kene ketuk ketampi 5 kali (tak main judi2 okay) lepas tu kitaorang jalan-jalan and pergi tepi pantai baring kat sana sambil tenangkan fikiran, dengan bau ombak,bau laut,angin .satu masalah pon aku tak ingat bila ada kat sana..perhh sangat seronok sampai lah pukul 4 baru kami pulang ke hotel and tidor zzzZZZ..

Hari kedua : awal-awal lagi kami dah bangun, rugi lah kalau pergi holiday bangun lambat-lambat betol tak... ape lagi perkena nasi lemak langkawi. perh memang sedap and terbaik rasanya, sampai sekarang teringat-ingat.

 lepas perkena nasi lemak yang sedap tu, kitaorang pun jalan-jalan pusing satu langkawi, okie yang drive tu aku dan sebelah aku biha, untuk hari ini aku rehatkan die dari memandu dan jadi pembaca map pulak tapi biha ni memang kelakar baca map pon boleh buat sesat adeh adeh parah.. tapi takpe jalan je la kan walaupon dah banyak kali kitaorang dah pergi :) .ni bahagian hadapan nak nengok bahagian belakang tak?
tadaaaa... mula mula nak jalan yang belakang layan je nengok jalan, tapi lepas 15 minit amik kau try usha belakang semua dah tido yang sorang tu dah sampai jepun dah pun :P .

akhirnya setelah penat ronda-ronda kami pun membuat keputusan nak hanta kereta di kuah sebab jam pun dah nak pukul 1, lepas je hanta kereta kami pun jalan kaki ke tempat burung helang ni, rugi tau kalau datang tak bergambar kat sini, baru nampak yang korang pergi langkawi and ada memori kat sini :)

BAJET DESTINASI KAMI
tiket ferry pergi balik : Rm18 pergi - Rm18 balik
kereta sewa myvi       : Rm100 bahagi 5 sorang Rm20
minyak kete              : Rm20 bahagi 5 sorang Rm5
hotel                         : Rm 70 bahagi 5 sorang Rm14
makan minum sehari  : Rm10 ,untuk dua hari Rm20
TOTAL  RM95

duit lebih boleh la beli macam-macam horay!!!!


Rabu, 17 Oktober 2012

CARA MASAK LAKSA PENENG - buatan saya(end)

Assalammualaikum 2 my dear members

hari ini aku nak kongsikan sedikit cara-cara untuk masak LAKSA PENENG!!!
aku sangat rindu laksa yang dibuat oleh mama jadi untuk pertama kalinya aku berjaya buat laksa ni sendiri :)
yeayyy hapy hapy sampai melompat masa rasa..


tadaaa my hasil :)

laksa peneng ialah salah satu makanan kegemaran aku yang aku paling suke. lagi2 laksa yang ada otak udang haisss .. laksa tanpa otak udang tak mengancam rasanya :) . lagi satu dah kata FAV so memang wajib la belajar masak hihi :P eh lupa pulak jom ikut cara-caranya :)

Bahan bahannya ialah :)
LAKSA (kalau nak sedap cari mee laksa yang lembut)
ikan sardine/kembong/tongkol (tapi kalau nak murah beli ikan sardine je)
cili kering
cili padi 
biji bawang merah
belacan
air asam jawa
asam keping
daun kesum
lengkuas
bunga kantan
garam secukup rasa 

Bahan sampingan
nenas
timun
limau nipis atau kasturi 
cili padi potong
bunga kantan dihiris sedikit
daun pudina
Petis otak udang

Bahan yang perlu dikisar
5 biji bawang merah or besar (saya suke banyak sebab manis)
sedikit cili padi
sedikit cili kering yang telan direndam di air panas
sedikit belacan

Cara-caranya ialah
-rebus ikan yang telah disiang bersama lengkuas sehingga masak
-setelah ikan masak tapikan air rebusan ikan tersebut dan siat isi ikan ,asingkan tulang kepala ikan.
-tulang dan kepala ikan dikisar kemudian tapis dan ambil airnya
-kisar juga isi ikan tapi jangan terlalu halus 
-tumiskan bahan2 yang dikisar
-kemudian campurkan dengan air ikan dan air kepala ikan yang dikisar selepas itu baru masukkan isi ikan yang dikisar
-masukkan juga asam keping,air asam jawa,bunga kantan, daun kesum
-masukkan garam secukupnya dan biarkan mendidih masak terlebih dahulu
-kemudian boleh dihidangkan bersama laksa dan bahan sampingan

PESANAN : jangan lupa semasa makan tu campurkan dengan PETIS otak udang baru rasanya enak :)



Sabtu, 13 Oktober 2012

trends STUD SPIKES - beli online or buat sendiri

Assalammualaikom

hai kawan-kawan 

STUD SPIKES trend ape benda tu ek???



stud ialah benda yang timbul  macam gambar diatas. kalau dulu kita boleh nampak budak-budak punk selalu pakai pakaian yang jenis ade stud spikes ni tapi jangan terkejut pulak bila nampak aweks2 ladys pakai dan jangan pulak kita ketogerikan orang yang pakai tu "budak PUNK" sebab sekarang sudah menjadi trend fashion pada anak muda memakainya.

contoh - contoh stud spikes :


bukan hanya pada pakaian tetapi kita juga boleh gayakan pada kasut, gelang, handbeg, cover fone, skaf head dan macam-macam lagi. saya dah dapa satu :)

skuff
ada beberapa shop online yang jual stud spikes ni...............................

selain itu korang pon boleh cuba buat sendiri, try ikut contoh tuto dibawah ni :) untuk buat kat highheels
atau search je di youtube ya :) selamat mencuba .


PESANAN RINGKAS : jangan cari pasal dengan orang yang pakai heels yang ada stud spikes bahaya tau atau jangan buat kat cincin takut takut tercucok mata sendiri hihiihih :P


Khamis, 20 September 2012

TELEKUNG BERWARNA BELLA AMMARA - online shop

kawan-kawan

hari itu aku ada belek-belek facebook dan aku jumpa satu page yang jual telekung, agak tertarik dengan corak, kain dan warna yang ada pada telekung tersebut.

antara corak dan warna :



corak dan warna yang sejuk dan tenang serta  aspek keselesaan dibahagian muka bagi mengelakkan rambut terkeluar dan saiz yang longgar bagi menggelakkan perasaan kurang khusyuk.


aku tertarik dengan warna ni sebab tak mudah kotor 

penjualan telekung online berwarna dan bercorak cantik ini boleh didapati di BELLA AMMARA , yang menghasilkan dengan idea serta koleksi mereka yang tersendiri, dan mereka juga mempunyai visi iaitu :

vision is to emphasize all Muslims the importance of the prayers lies in the fact that no matter what actions one performs in his life, the most important aspect is one’s relationship to God, that is, one’s faith (imaan), God-consciousness (taqwa), sincerity (ikhlas) and worship of God (ibaadah). This relationship with God is demonstrated and put into practice, as well as improved and increased, by the prayer. Therefore, if the prayers are sound and proper, the rest of the deeds will be sound and proper; and if the prayers are not sound and proper, then the rest of the deeds will not be sound and proper.
Bella – ‘beautiful’, Ammara – “Lady with a strong iman”

aku ada terbaca di berita harian iaitu pemilihan telekung yang tepat membuatkan pemakai lebih selesa untuk beribadah selain menampilkan keperibadian yang anggun dan ciri muslimah yang bersih . tetapi fokus pada niat utama kita iaitu solat. seterusnya boleh baca di BERITA HARIAN

koleksi bella ammara ini boleh didapati di shop online mereka
FB LINK       = Bella-AmmaraFBpage
BLOG LINKbellaammarablogspot  

PESANAN : tetapi ingat jangan pula kita salah gunakan atau lari dari tujuan utama kita untuk besolat ya kawan-kawan :) 

Jumaat, 31 Ogos 2012

INSTAX CAMERA - saya suka instax saya

Kawan-kawan




Inilah INSTAX CAMERA kesayangan aku, nama dia "BOBO" aku akan gunakan bobo bila aku nak tangkap gambar benda yang aku rasa penting dan semestinya yang bermakna buat aku, yelah nak gunakan bobo ni memang senang tapi bila kodak habis, nak kene kuakan duit, untuk pengetahuan semua kodak untuk camera jenis macam ni berharga RM28/29/30 dan dalam tu cuma ada 10 keping sahaja. bayangkan la takkan nak habiskan tangkap gambar benda yang takde makna kan.

dimana atau kat mana korang boleh dapatkan camera jenis macam ni? dekat kedai camera pun ada jual tapi biasanya mahal aku lebih syorkan korang beli secara online, kadang-kadang benda yang kita survey dari kedai on9 ni lagi mudah kita dapat yang murah, aku pun beli bobo ni secara on9 sahaja, dan terbukti terjamin.


selepas tu boleh la korang kumpul segala gambar tu atau buat mcam aku buat gantung semua kat dalam bilik :) .

kat mana korang boleh dapatkan : JOM TEKAN LINK BAWAH NI

- FOTOPELANGI
LOMOKAKI


Jumaat, 24 Ogos 2012

JOHOR PREMIUM OUTLETS - tolong jaga kualiti

Kawan-kawan


Akhirnya jejak jugak kaki aku di JPO atau nama panjangnya JOHOR PREMIUM OUTLETs, tempat dimana korang boleh bershopink sesakan-sakannya haha :P .


Tapi ada bagus dan tak bagusnya .

YANG BAGUSNYA DI JPO
Perbezaan harga dekat JPO yang diberikan sangat murah berbanding harga di kl atau di tempat2 lain. dan barangan brand yang superp2 terdapat disana . memang tak syak la kenapa ramai orang datang situ bukan dari negara kita je tapi dari singapura n indonesia pun turut membanjiri gedung JPO ni. memang seronok tersangat lah dapat bershopink. dan nak cari tempat parking pon senang, tempat makan pon sedap - sedap. dan cara penyusunan deretan kedai sangat mudah untuk pengunjung beshopink dan berjalan.


YANG TAK BAGUSNYA DI JPO
ermmm macam kekurangan kakitangan pekerja contohnya yang nampak teruk dekat contton on JPO , baju yang orang amik n ada yang tak nak amik dibiarkan begitu berlonggok tidak terlipat dan ada yang tejatuh2 dan dibahagian baju yang digantung-gantung ade yang terjatuh tak tesusun buat keadaan seperti serabut sangat, dan dibahagian penukaran pakaian dibelakang lagilah terdapat banyak baju berlonggok seperti kekurangan pekerja untuk sangkut itu semua. tak tahulah kalau hari tu ramai sangat orang sampai tak cukup tangan (tapi saudara aku cakap banyak kali pergi pon memang macam ni keadaannya) so kuantiti tu ade tapi kualiti tu dah jadi kurang kalu begitu.

P/S : tingkatkan kuantiti dan jugak jaga kualiti hihi :P selamat bershopink 


Jumaat, 17 Ogos 2012

TIPS TEST KERETA JPJ

kawan - kawan

(lain tempat lain caranya)


TIPS KERETA

Langkah 1 (dalam kereta)
(beri salam dan senyum)
- betolkan tempat duduk
- betolkan cermin pandang belakang + cermin sisi dan kanan
- pakai tali pinggang
- mula start kereta dan pastikan gear dalam keadaan free
- wipper
- signal kiri dan kanan
- tekan cluth masuk gear 1, tekan minya dan lepas clucth perlahan-lahan
(selesai buat semua ni, mulakan dengan bismilah dan gerak)

Langkah II (dilebuhraya)
Pastikan korang memandu mengikut lampu isyarat, lepastu korang kene pastikan juga yang korang di lorong belah kiri (belah kiri untuk kereta yang slow), jangan memotong dubble line dan korang kene pastikan selepas lampu isyarat korang masuk di lorong yang betol. dan pastikan guna gear betol.

BUKIT

Langkah
- pakai tali pinggang (pabila JPJ panggil untuk naik, angkat tangan dahulu)
- masuk gear 1
- perlahan-lahan naik dibukit (tak perlu gelojoh)
- pastikan cermin sisi sama dengan palang numbe 1
- tekan Clucth dan Break 
- nengok diluar sama ada tayar digarisan atau tidak
(dibahagian bukit boleh dibuat dua kali, kalau rasa tak jatuh tayar di garisan korang boleh buat sekali lagi)
- kalau kene garisan tarik handbreak
- tekan minyak perlahan-lahan
- lepaskan clucth
(korang akan rasa kereta jatuh kedepan sedikit)
- barulah turunkan handbreak untuk jalan

PARKING

Langkah
- pastikan korang nampak sedikit palang depan di bahagian cermin kecik segi tiga
- masuk gear R 
- pusingkan stering ke kiri sampai habis
- undur sehingga tiang ke 6/7 
(bak kata cikgu aku dia cakap kat parking ni benda paling penting korang buat yang nampak tiang kat cermin kecik tigasegi tu je, kalau kat situ korang silap maknanya banyak lah korang leh silap)
- pusingkan stering ke kanan 2 kali untuk luruskan tayar
- undur sama ada tayar belakang belah kanan terkena garisan putih atau cermin di sisi kiri sama dengan palang depan
- pusingkan stering ke kanan habis
- undur dan pastikan lihat tiang belakang 
(tak payah luruskan tayar kemudian angkat tangan, JPJ suruh kuar baru kuar)

TIGA PENJURU

Langkah
- pada tiang yang kedua terus pusingkan stering ke kanan
- masuk gear R
- pusing ke kiri habis dan undur perlahan-lahan
- masuk gear 1 
- stering ke kanan 3x
(dan keluar terus jangan berhenti)

(P/S : semoga berjaya kawan kawan)

Sabtu, 11 Ogos 2012

SHANAZ 50% off - baju raya

kawan-kawan


mesti ada yang tak cari lagi baju raya kan.. takpe korang boleh beli onile je sambil duduk kat rumah main laptop, selang 2/3 hari dapat lah baju.

di shanaz ada 50% off untuk baju raya wow!!!! banyak baju yang menarik yang boleh korang pilih untuk digayakan di hari raya nanti.




bukan baju perempuan sahaja, baju kurung untuk lelakai juga ada , kasut raya, dan macam-macam lagi


apa tunggu lagi jom berdebussssss   SHANAZ

Jumaat, 10 Ogos 2012

kisah sebenar dato lee chong wei olimpik 2012

kawan-kawan


masa kekalahan dato lee chong wei tempoh hari telah menaikkan berbagai-bagai spekulasi terhadap beliau, ada yang hampa dan ada juga yang gembira. tetapi adakah kita tau kisah sebenar beliau.. adakah kita tau apa yang tersirat dihati beliau. tidak bukan. menjadi seorang permain yang begitu diharapkan amatlah berat, semua terletak pada diri beliau, beliau ingin membanggakan negara tetapi adakah kita tau ape yang beliau hadapi!! mari kita layan dan hayati bersama-sama sebuah short film hasil dari SENTUHAN BELACAN


video
Sebuah filem pendek hasil dari SENTUHANBELACAN mengisahkan kekalahan Dato Lee Chong Wei di olimpik, tetapi telah menawan hati-hati seluruh Malaysia tidak kira kaum malah seluruh dunia!!! video ini hadiah untuk beliau dan tanda terima kasih ke atas beliau .
bagi saya anda adalah permain number 1 terima kasih dato lee chong wei :) jom berdebuss di sentuhanbelacan

APE JADI KALAU SINETRON WUJUD!!

kawan-kawan

korang pernah layan tak cerite indonesia, alah kan banyak kat tv3 setiap petang tu, tak pon kat astro.. kalau korang layan mesti ade rasa sakit hati giler dengan sound effect yang melebih-lebih, shot-shot yang slow n lambat buat orang tertunggu-tunggu je then kalau penamat mesti tah pahpe tapi episod panjang giler...aku nak kongsikan satu video from anak wayang..



see!! kalau lah betol-betol wujud sinetron dalam dunia ni tak masuk akal lansung.. haha sah-sah senang kantoi . lepas tu fake people 
banyak lagi video menarik dari anak wayang yang mereka kongsikan.

apa tunggu lagi jom like and layan berdesuppp!!!!  ANAK WAYANG

Khamis, 9 Ogos 2012

PSYCHEDELIC STORE - cepat,cantik dan bergaya

kawan-kawan


mana nak beli baju secara online dan dapat dengan kadar segera dalam masa 3 atau 2 hari..



aku dah dua kali bershopink secara online di Psychedelic Store . di sini terdapat berbagai pilihan baju yang menarik yang boleh kita pilih,di  psychedelic store ni mereka mempunyai kedai, kedai yang terletak di jalan dhoby di johor bharu. 



aku pernah berkunjung di kedai Psychedelic bila aku balik joho, kedai ni sangat vintage dan awesome tau. okie berbalik pada shopink secara online di Psychedelic aku sangat suke cara mereka menguruskan barang dan jadual penghantaran.



di Psychelic store mereka akan update barang yang mereka masukkan dan akan tetapkan hari serta masa. dan di sini jugak kalau nak beli barang dengan serius jangan banyak tanya  terus taip "NAK" pada gambar tu kalau tak mesti melepas :) nengok lah kalau bernasib baik nama korang akan tertera antara yang dapat atau tidak, kalau dapat just bayar and tunggu barang korang dalam masa 2 atau 3 hari dapat lah ... :) .



antara yang terdapat di sini ialah accessories fone, gelang and rantai, baju lelaki dan baju perempuan.. ape tunggu lagi korang boleh la layari facebook dan like :)

ayuh berdesup!!!!!!!    PSYCHEDELIC STORE




BERNAS hari raya - menyentuh jiwa

kawan-kawan

siapa yang dah layan Bernas hari raya punye short iklan.. sangat menyentuh jiwa raga.. sedih sampai tah berapa banyak habuk yang masuk dalam mata ni masa layan iklan tu.



pesanan : beringatlah kita patut bersyukur dengan diri kita sekarang.

Khamis, 2 Ogos 2012

FAKE BRACES :braces untuk bergaya

kawan-kawan...


BRACES kalau korang nak tau trend sekarang ramai yang menggemari permakaian braces, tapi nak buat braces ni bukan murah tapi mahal cik kak oiii.. makan bebelanje beribu-ribu kos kalau kat klinik swasta tapi kalau yang dapat kat govment tu lain lah kan.

tapi..

sekarang dah ada trend braces tipu atau braces yang hanya dipakai untuk bergaya sahaja kalau dekat indonesia trend ni dah dimulakan dulu  dan harga kat sana lebih murah berbanding dekat malaysia. Mana nak cari blog yang menjual braces ni.. mari layari kat laman http://bracesfaces.blogspot.com 


Add caption
Bebagai pilihan warna yang korang boleh dapatkan dan bentuk :) menarik bukan dan cara permaikaiannya pun sangat mudah.


APA TUNGGU LAGI BERDESUPPPP...... BRACESFACE

Jumaat, 20 Julai 2012

SELAMAT BERPUASA


selamat berpuasa kepada seluruh umat islam :) . first sahur aku hari ini bertemakan simple n nice :P standart student seperti saya, first puasa tahun ni tak dapat nak sahur dan buka dirumah bersama keluarga, memandangkan masih pelajar perantau. menu sahur maggie hotcup berperisa TOMYAM. puasa tahun ini terapkan kat diri ramadhan ini mari berpuasa kerana tuhan :) 

Khamis, 19 Julai 2012

KECUAIAN KETIKA MEMANDU

assalammualaikum :) .. ha... mesti ada antara korang yang ada sintom-sintom kecuaian ketika memandu kan, tipu kalau ada yang tak pernah buat benda-benda ni sama ada ketika memandu atau berada dalam kereta semasa dalam perjalanan nak pergi mana-mana pun. contoh : main sms, tak pakai tali pinggang, memandu had laju dan macam-macam lagi. pada semesta 5 lepas aku telah diberi tugasan untuk membuat final projek iklan dan ini adalah kerja kumpulan, satu kumpulan 4 orang. aku nak kongsikan iklan aku yang tajuknya seperti diatas. mari lihat dulu :)


ha ade tak ade tak sintom-sintom yang ada pada korang semasa berada didalam kereta, dalam iklan ni aku ingin menyampaikan pada korang bahawa jangan memandu sambil leka, atau yang berada didalam kereta pulak jangan mengganggu pemandu , dan jangan terlalu mendengar radio dalam keadaan kuat, yelah kalau-kalau terjadi pape orang hone pon kite tak sedar betul tak? sama-sama renungkan
(maaf video ikaln simple)


Selasa, 17 Julai 2012

bas penuh kemudahan ke UTARA!!

salam .. mari aku cite pasal BAS, hari tu aku naik bas alisan golden coach, bas ni memang terbaik dalam masa nak dekat 3 tahun aku belajar dekat perlis, dan ulang alik dari kl ke perlis, nilah pertama kali bas yang aku rasa dalam dia penuh dengan kemudahan awam, nak tau sebab ape sebab dalam dia dah disediakan selimut tuala, plug, charger fone macam-macam jenis charger. yelah aku pengguna blackberry yang selalu sangat cepat mati baterinya mana taknya asik bukak app or main game, jadi bas ni bas yang terbagus kalu korang rasa nak main laptop + fone sebab ade charge dan bukan itu saja, kebanyakkan kita mesti sejuk naik bas kan,kalu pakai sweater rasa tak cukup betol tak? jadi bas ni juga menyediakan selimut tuala. bas alisan ni bas yang menuju ke hatyai thailand, masa aku naik ritu dia akan lalu changloon, aku selalalu kalau balik perlis aku turun changloon sebab rumah sewa dekat arau, kalau turun kangar jauh sangat kan. tapi hari tu member aku pon naik dia kata bas ni pon ade lalu peneng jugak so kepada sesiapa yang rasa nak selese naik bas aku cadangkan pilih bas baru ni BAS ALISAN .


Khamis, 12 Julai 2012

MCDONALS FOLDOVER KUPON

bukan 4 tapi 6 foldover aummm
PROMOSI promosi :) ha bermula pada 12/7/2012 beli 1 percuma 1, memang berbaloi dan hari ni je aku dengan satu family pergi gegar mcdonals bangi. ramai yang tak tau lagi tentang promosi hangat,sebab tadi masa pergi semua terpandang2 ape aku bagi kat kaunter tu dan muke tertanya2 ,so mari mari dengan kupon dibawah ni!

apa yang perlu korang buat ialah:
korang hanya perlu print atas ni atau pergi ke link http://mymcd.com.my/coupon/?page=July12/foldovercoupon.png kemudian lari untuk dapatkan foldover di mcdonals berdekatan , dan korang akan dapat foldover 1 lagi yummy tapi kene ikut syarat2nya :)

syarat-syaratnya:
  • sah dengan cetak hitam putih,kupon telefon bimbit,fotokopi atau berwarna(print satu paper satu)
  • hanya untuk ala-carte(tidak beserta minuman dan fries) (bukan nak mengajar tapi pakai akal kalau dah satu family pergi pandai2lah sorang kesana, sorang kesini janji resit asing dapat lah banyak :)
  • satu kupon hanya untuk satu penebusan/1 resit
  • sah dari 12 julai sehingga 25 julai 2012

Ahad, 1 Julai 2012

2 years anniversary

i love you

1 JULY 2012 . alhamdulillah genaplah perhubungan antara aku dan ahmad syaffiq selama 2 tahun. siapa sangka aku boleh bertahan selama ini. banyak dugaan yang kami hadapi bersama. sepanjang couple tak mungkin takde gaduh mesti ade kan, sedangakn lidah lagi tergigit apakan pula pasangan yang belum berkahwin hhaha :D. tapi gaduh-gaduh tak lama pastu baik balik, ibarat gaduh ngan adikberadik macam tu lah :). aku sangat gembira dengan adanya dia(syaffiq), die orang yang sangat senang masuk/bergaul, padai buat lawak dan kalu berdua ada jelah. setiap perhubungan mesti ada berangan-angannya kan, aku dengan dia hanya bercadang untuk mengambil masa suai kenal/couple ni sampai 5 tahun je lebih taknak risiko tinggi couple lama-lama ni hihi lebih elok kawin je tapi nak kawin kene fikir masak-masak, kene kukuhkan keadaan masing-masing, lagi aku yang tengah belajar ni perlu habiskan lagi 6 bulan untuk grade :) jadi kemungkinan lepas 5 tahun baru kami langsungkan terus (ceh ceh ceh berangan lebih) kalau ada jodoh aminnn (doa-doakan la ye kawan-kawan) dan hari ini aku sambut "anniversary" aku dengan syaffiq, tapi sambut dekat  sunway jelah. kitaorang banyak menghabiskan masa bersama. rasa seronok bila dapat bual kan benda yang elok :) (walaupun ada gaduh gak sikit tadi hal-hal kecik) tapi nak bermanja je tu tu pasal gaduh. susah nak nengok kitaorang dapat habiskan masa bersama ni sebab masing-masing busy, dia dengan kerjanya dan aku pula masih mengejar menara gading. tapi yang penting hari ini aku sangat gembira :)))))))

Jumaat, 29 Jun 2012

melaka ice cream telur berkaki

hai kawan-kawan, tajuk kecik ice cream telur berkaki :) ape tu ape tu(mesti nak tau kan).. hari tu aku sempat jejak kaki kat melaka dah banyak kali pegi melaka tapi baru kali pertama aku jejak di JONKER WALK MELAKA. kat sini terdapat berbagai jenis barangan sama ada yang lama atau baru... sepanjang jalan tu habis juling mata aku nengok barang2 yang unik sangat sangat. tapi aku lebih tertarik pada satu jenis makanan sejuk iaitu ice cream telur berkaki, sangat unik dan comel. rasa die macam jelly2 ice cream, terdapat berbagai jenis perisa yang disediakan apple,stawberry,coklat,tiramitsu,oren banyak lagi, aku tetarik dengan perisa stwberry. superp dan sangat sedap. masa nak balik sempat gak la beli lagi satu perisa nak coklat tapi dah habis jadi tiramitsu menjadi pilihan :) pun sedap. marilah cuba!!!

yummy sedap sangat!!!



Jumaat, 2 Mac 2012

handfone mati terkencing semasa tidur kenangan kenangan :P

kenangan tiba-tiba buat aku teringat handfone, sejarah handfone yang pernah wujud bersama aku. dan banyak pahit manis aku bersama handfone


ERICSON T10

jenama ericsson pada masa tu handfone takde colour lagi tau,
 screen pon kecik je. tepi tu siap ade areal signal lagi :) tapi
sayang jugak pada hanfone gemok ni.
ceritaku bermula disini, seawal darjah 4 lagi aku sudah mula memakai handfone, mungkin pada tahun itu tahun 2001 handfone ini handfone yang abang aku gunakan, dan dia tidak ingin memakai hanfone itu lagi, jadi aku yang pakai tahun pada masa tu handfone takdelah canggih mana tapi dah dikirakan canggih gak tu :) aku gunakan sampai umur aku tingkatan 1 :) .


PANASONIC A100

kecik kan handfone ni, cumel je kan, aku rindu nak pakai handfone ni panasonic A100,
mempunyai gegaran yang sangat kuat hihi greggg..greggg. 
pada tahun 2005, pemberian mama :) aku mula pakai handfone paling comel sekali sebab dia saat kecik, banyak kenangan aku bersama hanfone ni, handfone ni sangat berguna alarm dia, nada dering dia kuat sangat bunyi kring..kring..kring. tu pasal la tahun sepanjang hidup aku pakai fone tu tahun yang paling rajin aku pergi sekolah hihi :) . lepas tu kat sekolah selalu ada spotcek, senang giler nak nyorokkan fone ni :) portport yang aku letak tepi stokin boleh, bawah stokin, selit kat lipatan kain bahagian pinggang tu, then selit kat anak tudung hihi itulah antara port terbaik aku :) . akhirnya handfone ni mati secara tiba tiba tak ingat sebab ape mungkin masuk air :) .


MOTOROLA NIPIS (kenangan paling kelakar)

motorola nipis, ringan sangat tetapi speakernya mudah pecah sedikitt
pada tahun 2007 semasa aku tingkatan 3 , pemberian mama juga :) dia berikan aku motorola ha.. pada tahun tu tahun handfone dah banyak orang pakai screen bewarna dan aku mula teringin nak handfone semaju itu. yelah orang boleh hantar mms gambar kan . tapi satu rasia besar handfone ni mati sebab (malu pulak nak cerita,tapi takpe cerita ni kenangan) pada malam tu aku tahan kencing sebab aku takut nak pergi tandas malam-malam tah macam mana, aku boleh mimpi yang aku pergi tandas dan dalam mimpi tu memang sebijik macam betul, tapi tidak kusangka yang aku terkencing kat tilam dan tak sangka pulak handfone ni bawah badan aku tah macam mana terkena bila nak on tak boleh terus mampus dan aku takut mama mara aku tak bagitau dia hanfone tu rosak, terus aku beli handfone yang sama jenis dan warna supaya mama tak tahu :) .  saya mintak maaf ni semua gara-gara mimpi tu lah.


SONY ERICSON T303a

pada umur aku 17 nak ke 18 tahun, sekali lagi handfone aku ditukarkan akibat handfone sebelumnya rosak, jadi lepas habis sekolah, aku membantu mama di cafenya, masa tu muke aku monyok betol sebab takde handfone macam mana nak text bf :P .mungkin mama dah malas nak bagi aku handfone mahal jadi masa hari jadi aku mama dan cik nani tak silap kawan baik mama, mereka keluar dan sambil aku menunggu mama di cafe untuk pulang, aku diberikan hadiah handfone ini . tapi tak lama selepas tu handfone ni terminum air nescafe yang tak sengaja tertumpah hais cuainya aku, akhirnya ianya mati.
kemudahanya nengok depan tu macam cermin kan, memandangkan aku rajin nak usha jerawat
jadi senang, cuma nengok cermin fone saje hihi

CSL BLUEBERRY I

selepas tragedi air nescafe, mama memberikan ku hadiah handfone CSL BLUEBERRY I ni, handfone ni still ada lagi, cume screen nya sahaja yang pecah tapi masih boleh nampak lagi, yang bestnya hanfone ni boleh letak dua simcard, aku gunakan simcard maxis dan celcom, handfone ni sangat kuat speakenya, aku suke buat kerja sambil letak handfone ni dalam cawan, lagi bergemalah muziknya :) .


SONY ERICSON YARI
Yari handfone ni sangat cantik, masa aku di pengajian tinggi, aku telah gunakan duit dari PTPTN untuk mendapatkan handfone ni, kenangan aku bersama handfone ni ialah banyak membantu aku dari 3G besama kawan-kawan, nak pergi mana kawan call 3G je bukan main lagi, pada masa ni aku pakai tiga number(wah kalah orang bisnes kan) selepas bosan,handfone ni akhirnya aku jualkan kepada kawan adik aku, dan aku gunakan handfone seterusnya.


BLACKBERY BOLD 9700 WHITE & BLACK
blackie dan whitekie
semakin maju semakin aku seronok dengan handfone yang lain, kali ni semasa aku menjalani latihan industri masa tu sem 4, dari sem 3 lagi aku memang berhajat besar nak pakai blackberry sebab pada masa ni keluarannya mendapat sambutan hangat, dapat je PTPTN aku terus beli, aku beli blackberry bold white yang aku namakanya whitekie , aku beli kat kedai yang kawan saudara aku keje, aku hanya membank in kan sahaja duit, selepas hampir tiga ke empat bulan aku gunakan handfone ni, secara tiba-tiba ianya mempunyai problem pada bahagian tengah keypad, aku hantar ke kedai kerana aku tak dapat waranty pun. aku repair dikedai-kedai biasa, selepas seminggu aku gunakan okay tapi 3 minggu selepas itu rosak kembali seperti kes sama, kali ni aku hanta lagi dikedai yang sama, hampir satu bulan kemudian handfone baru pulih sebab banyak kali aku datang nak amik fone ,ianya rosak kembali. aku rasa menyesal kerana aku beli handfone yang tiada waranty, kemudian aku tukar kedai repair, kali ni aku hantar di sungai wang, orang tu cakap "amoi awak boleh pergi jalan-jalan dulu ye, nnti sudah siap saya call awak, 2 jam sahaja ya" . akhirnya lepas dua jam aku amik whitekie, aku sangat gembira whitekie sehat kembali,dan kuminta warinty, dia bagi. selepas 2 minggu handfone kembali rosak owh hampanya aku rasa, selepas itu aku pulangkan kembali kat kedai yang aku repair haritu dan aku berikan surat warinty itu, alangkah terkejutnya aku cina tu tak mengenali aku, padahal baru dua minggu lepas aku repair kat dia, lepastu ku beri bukti surat warinty tu, dia boleh cakap "i tak buat u punya pon, u pon i tak kenal, tak pernah pon nengok hanfone ni". geram gila bila aku dengar dia cakap macam, time aku pergi tu aku bersama syaffiq, syaffiq dah naik geram macam nak tumbok cina tu, yang aku pulak tengah tahan nangis sebab fone rosak padahal tauke ni yang pernah repair tapi buat-buat lupa pula. 

dah hampir berapa bulan, dan selepas aku berjaya lupakan kisah cina sungai wang yang tipu aku tu, aku terus abaikan handfone whitekie aku tu. aku pakai handfone makcik aku sekejap, dan tak lama lepas tu satu kejadian pula menimpa aku, handfone makcik yang aku gunakan tu boleh pulak hilang semasa aku tengah shoting di jalan baru, dan number yang aku pakai dari aku ada hanfone lama tu pon turut hilang. 

26/02/2012 akhirnya
tibanya hari kelahiranku, mama sekali lagi memberikan ku hadiah handfone dan aku pilih blackberry yang sama cuma berwarna hitam, dan ku gelarkannya BLACKIE.
pesanan : kepada blackie aku harap kau tak rosak, kasihan mama dan banyak kali bagi handfone kat aku, jangan hampakan aku ya handfone :) 
pesanan kepada pembaca : jangan ejek saya ya kisah lepas tu haha jatuh air muka saya :P tapi sekarang tidak lagi :P