Isnin, 12 Disember 2011

TABITA skin care(mengurangkan masalah muka saya)

mari saya sharekan serba sedikit mengenai masalah muka yang saya hadapi, okie lets c:
1. gambar boleh nampak sendiri kan kesan jerawat!!
(tak edit okie)
wait ada lagi pic yang menankutkan..
2. segala jenis benda ada, picca ni semua
(tak edit okie)
mari mulakan, dulu nilah masalah yang aku hadapi iaitu masalah muka,then aku suka edit pic sebab malu dengan benda2 ni tapi tak semua pic aku edit malas kot..., muka aku jenis berminyak,kesan jerawat, kulit kusam, kulit kering dan gelap. kalau dulu mybe aku jenis yang tak reti jaga muka, sebab aku ni seorang yang aktif sukan, so macam mana pon aku jaga tetap akan gelap juga sebab latihan kat tengah-tengah panas. tapi itu semua tidak sekarang, yelah sekarang dah tak jadi budak sport dah besar then pandai pikir pasal penjagaan muke ni. masa nak jadikan kulit biar putih sikit memang payah, macam-macam jenis produk gune. lastly aku gune produk yang kakak aku gune iaitu "TABITA skin care" walaupon harganya agak lumayan tapi muke punya hal mestilah sanggup betol tak? dan buka sahaja kakak aku guna tapi abang dan mama pon guna tau, saudara mara pon banyak guna.. kitaorang dapatkan produk ni kat kak ayu,thanks kat kat ayu yang mengperkenalkan produk ni :)
(menggunakan camera fone)
(camera biasa)
tak edit pape pon selepas 6 bulan menggunakan produk TABITA skin care
gambar-gambar diatas ni memang aku tak edit pon dan korang boleh bezakan sendiri bertapa berkesannya produk ni, liang roma mengecil,kesan jerawat dimuka pon dah pudar. selepas 6 bulan aku menggunakan produk ni, tabita skin care ni sangat terkenal di indonesia ramai juga artis dorang yang menggunakan produk ni, dan yang pasti mestilah ori kalau tidak nanti muka rosak pulak hihi :)
(inilah rahsia saya)
TABITA Skin Care adalah produk kecantikan yang dapat mengatasi berbagai masalah kulit yang anda alami, seperti:
• Menghilangkan jerawat 
• Meratakan lubang bekas jerawat 
• Menyamarkan dan menghilangkan flek-flek di wajah dan pigmentasi/ warna kulit tidak rata 
• Menghilangkan noda bekas jerawat 
• Memutihkan kulit 
• Memperbaiki kulit Kusam 
• Mencerahkan warna kulit 
• Mengecilkan pori-pori 
• Membuat kulit tampak bercahaya 
• Meremajakan kulit 
• Mengencangkan kulit, sehingga anda terlihat lebih muda. 
TABITA Skin Care diadun dengan menggunakan bahan-bahan yang semulajadi/natural, aman dan terbukti memberikan efek sangat baik bagi kulit. Bahan-bahan utamanya antara lain:
• Collagen 
• Serbuk mutiara 
• Japanese Tea 
• Japanese Papaya 
• Vitamin C 
• Vitamin E 
TABITA Skin Care menggunakan ekstrak papaya sebagai bahan utamanya, ekstrak papaya telah diketahui berkhasiat untuk mencerahkan kulit dan mengatasi pigmentasi serta menstabilkan tekstur kulit (yang berminyak jd normal, yang kering jadi normal) sehingga membuat produk skincare sesuai untuk semua jenis kulit dan mengatasi semua masalah kulit.
Selain ekstrak papaya, juga mengandungi vitamin A, C, dan E. Vitamin A dapat membantu untuk mengeringkan jerawat dan membuat jerawat tidak akan muncul lagi. Vitamin C sangat berguna untuk mencerahkan warna kulit secara alami, sehingga warna kulit tidak putih pucat, tetapi putih merona dengan sentuhan pink segar merona di pipi anda sehingga kecantikan anda terlihat alami, tidak seperti menggunakan skincare yang lain di mana akan memberikan kesan-kesan yang tidak disenangi.
Tidak menggunakan bahan-bahan yang berbahaya seperti MERCURY dan HYDROQUINON di mana banyak digunakan oleh produk-produk kecantikan. Bahan berbahaya ini dapat menyebabkan kesan yang negatif bahkan kanser kulit.
Perlu diketahui bahawa ciri dari skincare yang menggunakan MERCURY/ HYDROQUINON biasanya pada masa pemakaian, wajah akan menjadi merah dan dilarang untuk terkena sinar matahari. Tetapi TABITA Skin Care tidak demikian, dengan bahan alami yang diadun secara profesional. Semua Produk TABITA Skin Care sangat sesuai digunakan pada sebarang jenis kulit tanpa kesan samping.
P/S : harganya yang berpatutan sekitar RM4++ dah boleh dapat, dan jangan pulak cari yang tiruan nanti rosak pulak muka,untuk pertanyaan lanjut boleh inboks saya di http://www.facebook.com/ELMY.NADIA

Khamis, 8 Disember 2011

berambut hitam

black hair
rambut hitam,akhirnya aku mengambil keputusan untuk menghitamkan rambut, sudah terlalu lama aku berambut perang dan hari ini tanggal 8/12 aku membuat kata putus untuk menghitamkan rambut, niat dihati nak perangkan lagi tapi tadi belek punye belek laci abah terjumpa benda ni,abah selalu hitamkan rambut guna benda ni kalau uban die muncul (sory abah end main ambik je nanti end ganti k) apa yang pelik lepas rambut bertukar hitam tetiba je nampak lebat, so pada korang yang nak rambut nampak lebat hitamkanlah hihi..

BSY noni black hair magic ini ialah bahan semulajadi dari biji noni iaitu buah mengkudu ia dapat memberikan kesihatan pada rambut, ia dapat menghitamkan rambut dalam masa 10 minit,dapat mengatasi masalah kelemumur,ianya selamat dan sihat tanpa pewarna rambut serta bahan kimia. cara penggunaannya yang mudah iaitu seperti shampoo, dan dibiarkan selama beberapa minit sahaja.bayangkan lah rambut aku yang perang tu.ceh macam penjual je aku ni, benda ni senang je nak cari, kedai jamu banyak jual. pada makcik pakcik yang beruban tu nak sorok uban macam abah ngan mama selalu buat boleh lah gune BSY shampoo ni :), nak tau lebih lanjut boleh nengok info disini :http://blackhairmagic.blogspot.com/search/label/Product%20Knowledge

kenangan bersama cst production

akhirnya sudah tamat latihan industri aku di tempat yang paling membawa kenangan kepada aku di CST PRODUCTION, the best ever,pengalaman yang tak dapat dilupakan dimana aku belajar serta menimba beberapa ilmu dari mereka mereka.. macam mana nak edit video menggunakan final cut dan banyak lagi aku belajar disini. selain tu dapat mengenali para abang-abang dan kakak yang sangat baik.kat sinilah juga aku mengenal mereka yang bernama en rosli,kak niza,abg2 shahir,rudy baha,abg bidi,abg rudyteng,fahim,kia,ayin,a'a,wan,syamil,faie,zul,hakim,ajib,mim dan ramai lagi...terima kasih

pada hari meeting yang terakhir tah macam mana tak dapat aku tutup sebak nak memberi sedikit sebanyak ucapan terima kasih pada mereka, nak tutup punye tutup sebak tup tup tup meleleh airmata(huwaaaa malunyaaa)
terima kasih pada en roslii raikan majlis perpisahan di REDbox, seronok dapat bos yang sangat baik walaupon aku jarang bercakap ngn die(sebab takut nengok muke die tegas) tapi orangnya sangat baik. pada hari itu kami berkarokei, malu xterkata bila kene nyanyi(sbb suara sumbang) then lastly dorg nyanyi ramai2 tok aku. airmata ni jatuh berderai2 :'( rindunya kt dorang.dapat mengenali orang yang seperti mereka..tapi hari tu abg bidi ngn kia ngn ayien tak datang, rasa kekurangan tak dapat nak salam2 terakhir ngan dorang.





<--di sebelah ni namanya kak niza. kitaorg berdua jelah wanita dalam ofices tu, so ape pon aku share ngn kak niza. teman die g beli barang, cari barang. kak niza orangnya sangat baik dan die dah aku anggap seperti kakak sendiri, dia juga banyak bagi aku nasihat..hais rasa rindu betol bila tak dengar kak niza membebel pasal sampah, pasal kerja :)




ajid , abg rudy, hakim dan abg shahir
zul
faie
wan,min,fahim,akak lina
kepada keluarga di CST PRODUCTION terima kasih banyak banyak sebab menerima saya sebagai pelajar pratikal, terima kasih sebab banyak memberi tunjuk ajar pada end, jasa mu amatlah dihargai dan dikenang, mintak maaf sebab tak pandai memberi ucapan tapi tanda terima kasih itulah yang dapat saya ucapkan pada semua.sekarang saya rindu nak bangun pergi keje, rindu nak dengar suara riuh rendah dalam ofices, rindu nak dengar suara kak niza popetpoppet, rindu nak pergi shoot gedegang ngan abg rudy,fahim kia.. rindu nak kacau abag bidi(pondan tua) nak main lukis2,rindu nak tombok badan fahim ngn kia,rindu nak dengar suara bawel hakim,nak sakat gelak faie ngn zul si kening,wan yang kembung.. ajib yang anti sosial mengadap pc je. saya rindu semuaaaaaaaaaaaaaaaa.. huwaaaa :'( kalau panjang umur,ada jodoh kita jumpa lagi ya. 

Khamis, 24 November 2011

laporan laporan pratikal

Buku Laporan Latihan Industri/Pratikal
untuk yang sedia maklum sekarunk sudah bau bau bulan DISEMBER bakal menjelma. dan bulan itu jugak lah bakal berakhirnya cerita sejarah aku pratikal di CST PRODUCTION pada 2/12 nanti. semestinya aku sedih :'( (sapsupsap) tapi ape yang pasti ada satu benda bakal memeningkan dan membzkan aku iaitu membuat laporan pratikal, yeah dan itu yang sangat menyeronokkan huwa huwa huwa :P . 
ada satu hari ni mood tengah baik nak buat laporan la katakan,amik laptop,duduk depan pc baru je nak menulis tiba tiba ,buku format pratikal boleh hilang damnnn... potong mood kot wehh huwaaa sangat menyakitkan hati betol la. mana aku letakk!!! adakah kakak aku dah buang masa dia kemas bilik tu??hurmmm muskil..
(sedapkan hati apa kata buat ape yang perlu dulu end) okie dan aku meneruskan kembali membuat laporan :) wee..nak buat folo format internet takot kene reject jadi chill dulu la tanya member-member yang mana leh membantu :) .tapiiiiiiiii... ade ke kawan yang nak share dengan aku??erkk tanda tanya

PESANAN: kepada rakan rakan yang tengah pratikal selamat menjamu mata dengan membuat laporan pratikal, dari saya end :)

Selasa, 22 November 2011

21/11/2011 BOLA SEPAK MALAYSIA (the best ever)








Debaran demi debaran yang kita hadapi,tapi alhamdulillah kita berjaya membuat para penonton indonesia terdiam,terpaku,terkedu dan banyak lagi ter,dan tidak lupa kegembiraan dirasai oleh penyokong malaysia termasuk "aku". syukur ke hardrat ilahi kerana team pasukkan harimau melaya berjaya merangkul "gold medal" dalam pelahwanan bola sepak,kita dapat membawa pulang ibu segala emas medal, seperti sedia maklum bagi indonesia medal emas bola sepak adalah medal ibu segala pelahwanan,yeahhhh.. kalau korang nengok dan boleh rasa tarikh 21/11 semalam semua meraikan kemenangan yang amat bermakna. rakyat malaysia besatu bersama-sama, seperti kata-kata perpatah melayu "bersatu kita teguh,bercerai kita roboh" apa yang dapat dilihat semalam semuanya bersatu,aku dah macam nak menangis menyasikan pelahwanan yang panjang ini.dah macam piala dunia semalam :)


pesanan untuk pasukan malaysia: terima kasih memberi perlahwanan yang cukup bermakna,cukup debaran,cukup menajubkan terima kasih :)
pesanan untuk pasukan indonesia : permainan yang sangat memberi saingan yang bagus :)

Rabu, 2 November 2011

marilah membaca-dari saya end

assalamualikum dan salam sejahtera :) . sekarang belum lagi bulan membaca,tapi apa yang boleh di sharekan bersama korang ialah mengenai membaca amalan mulia, mungkin dulu bila kat sekolah,cikgu suruh membaca tapi kita malas,lepastu bila open buku je mulalah mata dah mengantuk, betol tak?
(sebab aku pon pernah rasa semua benda ni)
tapi baru sekarang aku mula sedar yang membaca ni memang menyeronokkan, ini serius ..bila kita membaca kita akan dapat ilmu yang kita dapat, tak kisahlah membaca ape pon janji ia tetap membaca.. zaman sekarang pon bukan hanya ada buku je kita nk membaca, selain dari buku, kita boleh baca di internet,blog, surat khabar, majalah dan lain-lain..
kenapa aku cakap seronok : sebab contoh kita dengar orang tu cerita mengenai sesuatu sumber yang korang pernah baca, dia hanya tau cerita tapi die tak tahu jalan cerita, tup tup korang dah boleh bagitau die,lama lepas tu memang cerita betol(time tu aku rasa seronok sangat sebab cerita aku cakap tu betol)
sebab aku dah baca benda-benda yang fakta :)

p/s untuk korang : marilah membaca,benda2 yang fakta :) 

Selasa, 1 November 2011

COLDPLAY datang MALAYSIA ...

coldplay
lagu the scientist yang paling popular dan fav :)

first sekali ape yang aku nak kongsikan kat korang ialah berita paling gembira buat aku dan para peminat setia coldplay...
WHAT!!!! COLDPLAY nak datang MALAYSIA.. betol ke tak berita ni? tapi kalu betol "cool beb"  apa yang pasti superband dari british ni dijadualkan akan membuat opening asia tour 2012 mereka di malaysia iaitu kuala lumpur pada bulan 4,lawatan seterusnya ke bangkok,jakarta,manila dan tokyo.korang happy tak?
p/s saya : plss jangan hampakan kami coldplay :) big smile
              berita ni aku dapat di http://www.digiartworkstudio.com/malaysia/?p=49

Khamis, 27 Oktober 2011

BOLA BOLA BOLA N.9 vs TERENGGANU


LOGO FAM yang kene hack

memandangkan bakal berlansung final bola sepak antara terengganu vs negeri sembilan, harga tiket untuk bola naik RM50 hurrm ..setuju atau tidak??

(nengok dari sudut) SETUJU 
gunakan duit kenaikkan ni dengan bertujuan.. selalunya final ni jangkaan mestilah ada je benda awam yang rosakkan,antaranya:
1. KERUSI
-kalau yang menang dah tentu2 pijak-pijak kerusi,bediri atas tu lompat-lompat happy
-yang kalah pulak,dah bengang kalah,amik kerusi pastu baling,tak pon rosakkan
=tipulah kalu korang tak pernah nampak benda-benda ni terjadi tapi yang buat ni tak semua,segelintir sahaja.
2. SAMPAH/TONG SAMPAH
-yang ni lah sampah gerenti lah penuh,tak kira yang menang atau kalah gerenti sampah tinggalkan,tak pon yang kalah baling botol-botol air, lepas korang balik sape yang tolong kemas kalau bukan tukang sapu
3. FRU
standart final mesti lah wajib ada FRU,yelah kita tau tau je lah ada setengah penonton yang agak keterlaluan perangainya mestilah kene ada FRU (nk ketok2 orang yang melampau2kan perangai hihi)
banyak lagi kegunaannya dengan kenaiikan ni,nak bayar gaji tukang sapu,fru,kerosakkan yang bakal terjadi.tapi itu dari segi setuju kenaikkan harga tiket,okir sekarang dari segi tak bersetuju..

TAK SETUJU
kasihan kat mereka-mereka yang dari negeri yang jauh tu nak bertandang datang
1 . kene fikir duit minyak
2 . duit tol
3 . duit makan
4 . duit penginapan (mana tau ada yang nak tido tak larat nak balik)
5 . duit tiket dan lain-lain

P/S saya : dua-dua ada jawapanya yang tersendiri,tapi kalau dah minat bola lepas tu sanggup menyorak demi negeri tercinta apa salahnya kan,final pulak tu.tapi saya hanya la memberi sedikit pendapat sahaja nanti orang kata "hais budak kecik lagi mana tau pape,pepandai bagi pendapat" hihi :) okies assalammualaikom

Selasa, 18 Oktober 2011

Budak cina dilanggar dibiarkan seperti anjing






tekan link ni baca lebih lanjut dan nengok video budak kecik tu:
http://www.heraldsun.com.au/news/world/passers-by-ignored-dying-child-who-was-run-over-twice-in-street-in-china/story-e6frf7lf-1226169281030?fb_ref=rec-top&fb_source=home_multiline

serius aku sedih giler nengok keadaan budak kecik cina ni, bayangkan lah, sape tak  marah bila nengok video ni, budak tu dilanggar dan dibiarkan seperti anjing,takde sorang pon yang tolong dia/angkat dia,nengok dia pun jeling sikit je, lagi satu sebab apa dorang tak tolong sebab kat tempat dorang,sape yang tolong orang yang kene langgar tanpa saksi takut dituduh dan takut kene saman. weh come on la..apa jenis negara ni takde tamadun lansung.. bayangkan lah weh kalau anak korang kene langgar then korang nengok kat cctv ni macam tu orang buat..hais aku sampai nank nangis,nak marah pon ada.. aku lebih bersyukur duduk kat malaysia ni,walaupon orang cakap "orang malaysia ni kalau kete rosak,kemalangan ke mesti jalan dah jemm panjangggg" takpe lebih bersyukur keadaan ni sebab tandanya orang malaysia prihatin,saling bantu membantu.... sekian
COPY FROM OTHER FB
Korang rasa kenapa dan mengapa ianya berlaku?

Jom kita baca...

"Semenjak 17 Oktober , memang kecoh pasal video dimana seorang budak 2 tahun kena langgar dengan van dan lori tapi malangnya takde seorang pon yang peduli. Budak malang tu dah terbaring berlumuran darah tapi orang yang lalu lalang tu buat tak tau jer...

Video tersebut tersebar dgn cepat dan ramai yang marah dengan kejadian ni... Kejadian ini berlaku di China dan bukan di Malaysia.

HOT fm buat topik pasal ni...so citer nih memang hot lah
Sekarang admin nak cerita fakta sebenar dan boleh juga dikatakan peringatan pada korang yang nak pergi ke China. Kalau korang nak tau sekiranya jumpa or ternampak orang lain dalam kesusahan seperti seorang makcik terjatuh basikal, atau budak kecik dipukul or dibuli ataupun ko nampak seorang tua yang tibe2 diserang sakit jantung,

Sila jangan tolong..ASAL?

PERINGATAN. JANGAN TOLONG! Nak tau kenapa? Sebabnya bila korang tolong, orang itu dah menjadi tanggungjawab korang. Contohnya, kau nak tolong makcik yang jatuh basikal tu, katakan makcik tu patah kaki, maka korang yang kena tanggung sume kos perubatan die sbb korang yang tolong dia...

Ataupun korang akan disaman oleh anak makcik tu sbb korang lah penyebab mak die jatuh. Inilah faktanya di China. Nilai moral dah takde. Mereka akan pentingkan diri sendiri sebab kalau mereka tolong pun mungkin mereka yang akan tanggung akibatnya. Ini Serius, Cerita ini diceritakan dalam akhbar cina minggu lepas.
Dalam akhbar tersebut penulis memberitahu ada seorang askar menolong seorang tua yang terjatuh secara tiba-tiba.. Kerana prihatin takde org lain nak tolong maka askar ni pon naklah bantu tapi anak org tua ni nampak die pegang mak die so die tuduh askar ni yang tolak mak dia. So askar ni kena saman dan terpaksa menanggung kos perubatan org tua tersebut..
Akibatnya die kena buang kerja. Jadi kes budak yang kena langgar ni pun sama. Baik biarkan jek budak tu sbb kalau tolong and jadi pape yang lebih teruk kat budak tu, diorang yang kena tanggung.

Nak tahu tak apa yang pemandu van tu cakap pasal die langgar budak perempuan tu?

Mula-mulakan pemandu tersebut dah terlanggar budak tu and die berhenti kejap sebab perasan die langgar budak.

Masa tu budak tu berada di tgh2 antara tayar depan dan belakang. Die terfikir kalau budak tu mati,

die cuma perlu bayar denda lebih kurang RMB10,000- RMB20,000 je tapi kalau budak tu hidup diakena tanggung akibatnya seumur hidup so die teruskan langgar budak tu dengan harapan budak tuakan mati. Itulah undang2 di China yang mana kalau langgar mati lebih senang nak kira drpd langgarhidup. So sekarang pemandu van tu sangat berharap yang budak kecik ni akan mati..

Terukkan? Ini bukan tipu tau tapi seperti yang tertulis dalam paper cina hari ni...

rambut baru saya

CARTA RAMBUT YANG PERNAH BUAT SEBELUM NI
+
NEW HAIR
fringe bangs hair
hai kawan-kawan :) setelah sekian lama aku tak sentuh laman blog ini kerana terlalu bz dengan kerja sampai takde masa nak menulis (ecehh poyos) . kalau korang leh nampak aku memang suke perubahan demi perubahan gaya rambut yang aku buat dan yang terbaru setelah agak sekian lama menyimpan hajat ni maka lahirlah satu lagi gaya rambut yang aku idamkan, sebelum ambil keputusan ubah gaya rambut ni, banyak jugak majalah,research yang aku buat,sampai terpusing kepala nak pilih wat rambut macam mana, hari itu dengan keputusan yang tepat siap siap pergi saloon rambut,walaupon dah ada keputusan nak potong pendek buat gaya bowl hair tapi benda ni pasti terjadi dengan kata kata manis akak nyah tu "adik jangan lah potong pendek,tak lawa nanti,ape kata adik luruskan dulu nengok macam mana" dan aku hanya "erkk baiklah". tup tap tup tap jadilah lurus rambut aku dan tersangat seperti perempuan melayu terakhir awww..akak nyah tu pon cakap"ha kan lawa tak payah potong pon" tapi jauh disudut hati aku,rasatak puas hati sebab terlalu ayu pulak.sambil tersenyum nak pulang akak nyah tu pesan "adik lepas 2 hari baru basuh rambut taw" .
balik je dari rumah dengan pening kepalanya aku, hari pertama tu aku dah cuci rambut,arhh kasi peduli semua kata-kata akak tu. dah hari tu jugak aku buat proses pemotongan rambut sendiri huwahahha
dalam kepala apa yang wajib ada :
1) hairdryer
2) gunting
3) sikat
okies ngamm jadi apa lagi potongggggg.... tapi lepas potong erkk arkk,arghhhhhhhhhhhhhh!!! depan dah macam (PENAN) terlalu pendek kutt..esoknya pergi keje kene ejek la perh lagii hahaha
tapi hari berikutnya aku godeh godeh lagi rambut ni dah akhirnya jadilah seperti rakaman video yang aku nak tu..yeayyyyyyy..





ikutkan hati nak potong rambut pendek depan macam penan tu tapi takot kene ejek pulak huhuhu,
jadi inilah cerita dari saya N NADDYA HASSAN


Khamis, 13 Oktober 2011

Rabu, 5 Oktober 2011

BLACKBERRY ku sakit

my BB
ramai yang cakap blackberry ni best la, banyak function yang paling penting ada bbm,kira bbm tu penting la agaknya yela nengok je orang sekarang mana nak nombor fone kalau nengok orang pakai bb.mesti cakap "eh u pakai bb ek,NOMBOR PIN plss" betol tak... tapi bagi aku tentang  blackberry ni hurmm .. best memang best tapi kuat sangat pakai bateri serius itu yang paling aku menyampah,walaupon orang cakap "ala bateri kau habis sebab ko banyak sangat application,tak pon kau bukak twitter kot,ms,facebook" arghhh itu semua dusta belaka sebab apa aku cakap macam ni, sebab blackberryku masuk HOSPITAL semalam,bertapa hancurnya hati takala tangan ini menghantarnya(ayat pasrah) rosak sebab button tengah tak berfungsi(takleh scroll) itu lah salah satu problem blackberry selain baterinya yang cepat habis,dan paling bengang sekali duit gaji yang baru dapat terpaksa didermakan ke kedai handfone(baik pulih bb) 

Ahad, 25 September 2011

GEDEGANG TV by cst production mari like



GEDEGANG TV

MALAYSIAN WEDDING SERVICE PROVIDER INTERNET SHOW

hai kawan kawan sory lama tak upadate kat blog ni, sebab saya agak bz je sejak sejak ni, hari ni aku nak memperkenalkan kat korang "GEDEGANG TV" okies apa itu gedegang TV???

gedegang tv ni salah satu program internet terbitan CST PRODUCTION dimana 
rancangan ini akan memperkenalkan kepada penonton tentang perkhidmatan perkahwinan 
yang disediakan oleh pihak pihak yang menyediakan perkhidmatan tersebut. Bukan itu saja 
rancangan ini akan menjadi platform kepada pengusaha perkhidmatan perkahwinan untuk memperkenalkan diri mereka didalam industri perkahwinan.bukan itu saja pada orang yang baru nak masuk alam perkahwinan memang wajib nengok sebab dapatlah korang cari info provider yang ada betol tak?
pada korang yang berminat bolehlah like page : facebook.com/gedegangtv
ATAU
search je di youtube "GEDEGANGTV" :http://youtu.be/sS0RoadCDmU

Jumaat, 26 Ogos 2011

dapat GAJI

muke dapat gaji
alhamdulillah ,hari ini dapat gaji (alaun) amin .boleh la beli sikit baju untuk raya horayyyyyyyyyyyyy :) terima kasih cst production 

Rabu, 24 Ogos 2011

UCAPAN RAYA banyak dah

kalau dulu guna merpati,guna kad tapi sekarang tidak lagi. dunia makin maju pakai teknlogi pon dah tinggi kan orang sekarang tulis je kat facebook,blog,twitter,email dan macam-macam lagi. dan sekarang pon memang tengah ramai yang dah mula tag picca ucapan raya . wahhhh dah mula rasa bahang hari raya tu :) cube kalau korang pikir akan datang macam mana pulak kan mesti lagi maju hihi :) tapi janganlah sekali dilupakan yang lama contohnya kad raya tu kalau tak, tak dapat la nak gantung-gantung kat pokok,lekat tepi rumah kat dinding(ada kan macam tak pernah nengok bila beraya rumah orang) lain pulak bagi aku,ucapan raya aku lebih suka buat video hihi sebab ada gerak geri,dapat dengan dari mulut dan dapat nengok gelagat. 
ni video aku dan adik beradik,cuma abang yang pertama je gediks tak nak join,malu katanya. ha tapi inilah video ucapan raya tahun lepas, jadi untuk ucapan raya tahun ni,nantikan la ye dari saya dan adikberadik :) . iklas kami buatkan nanti :) jadi sebelum tunggu boleh la layan ucapan raya tahun lepas punye :) bye2

short film raya baru dari cst production (almari baru)


sempena di hari raya ini crew cst ada buat satu iklan hari raya yang menyentuh perasaan yang boleh mengimbas balik kita dan ibu kita serta zaman kita ,kadang kala kita hampir terlupa dengan apa yang kita pernah dapat betul tak?(kat diri sendiri jugak) . okiea mari kita layan.. rugi betol tak ikut pergi shoot ritu (kes takde sapa nak hanta) tapi takpe yang penting cayalah terbaikkkk lagi-lagi lakonan wak kopi keras (kia) dan a'are si botaks.
P/S:SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN peace

Isnin, 22 Ogos 2011

carta rambutku

carta rambut yang pernah aku buat "inilah mahkota perempuan"
dari rambut asal bermula belah kira dah sekarang belah kanan pendek sederhana 
tahu tak dimana letaknya mahkota perempuan ,di hidungya kaa,di mukanya kah di telinganya kah.. mahkota perempuan terletak di rambutnya selain darenya hihi.. ini yang orang kata lah dan yang aku dengar. okies inilah antara rambut yang pernah hidup di zaman aku,dari yang panjang sampai lah pendek,di setiap rambut memainkan banyak sejarah dan ceritanya yang tersendiri.antara fav rambut aku ialah rambut panjang wevy hais bila lagi nak panjang macam tu kan hais tapi takpe zaman tu dah berubah apa yang penting teruskan maju kehadapan jangan kebelakang okies(ape motif aku open cite ni) mybe rindu rambut aku ahahah

THREADING kening di vaani's


nilah antara contohnya



kawan kawan dah nengok belum video kat atas ni...ha pernah tak korang mencabut bulu di muke dan tau tak korang kat muke kita ni ada bulu-bulu kecil,lebih jelas dan nampak di atas bibir(yang seperti misai tu) baru baru ni aku dan ahli keluarga pergi ke jalan tar kat bangunan shophouse/smohouse. okies kat dalam tu ada satu kedai VAANI'S EXCLUSIVE BEAUTY SALON ape yang aku buat kat situ,pada mulanya nak teman akak dan saudara aku yang buat sebab akak aku dah biasa buat benda ni,jadi join la dorang. tapi lama-lama mama pulak join nak try tup tup aku pon join jugak nak try ,aku buat di kening dan atas bibir sahaja , okies mari nak menjelaskan lagi THREADING ni digunakan diseluruh muke termasuk bahagian atas bibir,dagu,kening,brewok dan pipi,kaedah ini mengunakan benang sebagai percabutnya,harga yang disediakan pon murah,kening RM10 atas bibir RM6 kalau full face dalam RM45 je wah memang murah. kaedah ni jugak melambatkan proses penumbuhan di muke dalam 5 atau 6 bulan bergantung pada penumbuhan individu seseorang jangan takut pulak, takdelah tubuh lebat macam monyet tu hihi..dan bagi yang gemar ber make up tu memang digalakan lah  membuat tapi ape yang penting muke korang akan nampak licin sangat dan putih sikit :) . adakah proses ini menyakitkan?? hurm bagi aku boleh la tahan sakit sampai meleleh airmata tapi ikut individu jugak,sebab aku cepat rasa sakit kalau kakak aku chill je. okie kat situ juga menyediakan banyak services lain jadi
P/S tok semua : selamat mencuba :)

tadaaaa see hasilnya tidak terlalu nipis dan tebal



Khamis, 18 Ogos 2011

duit syiling baru

ha.. kepada korang semua yang baru nak tahu atau yang tak tahu atau yang baru baca, mari aku bagitahu lebih lanjut... inilah duit syiling baru malaysia, apa yang pasti rekabentuk duit syiling baru ni memang unik,reka bentuk siri ketiga duit syiling malaysia ni mendapat inspirasi daripada unsur-unsur yang mentakrifkan budaya dan warisan malaysia, ciri-ciri dari kraf tradisionak dan flora serta fauna serta ia mencerminkan kepelbagaian dan kekayaan identiti kebangsaan malaysia.titik-titik tu mewakili setiap negeri di malaysia iaitu 14 negeri kesemuanya. hais rasa tak sabar betul nak sentuh,nak pegang duit syiling baru ni nanti.
P/S tok semua : apa yang pasti jangan pulak dah bosan ngan duit syiling nanti main buang-buang pulak, kumpul okies letak dalam tabung,nanti bila susah takdelah sampai dah takde duit celah-celah kerusi diangkat cari duit syiling betol tak (macam pernah belaku je kat saya) pesanan ini ditujukan tok diri sendiri jugak hihihi
SALUR KACANG
wajah: 50 sen
Aloi: brass nickel copper clad
diameter(mm): 22,65
berat (gram):5,66

bunga melur
wajah : 20 sen
brass alloy : nikel
diameter (mm): 20,60
berat : 4,18

ORANG ASLI motif
wajah : 10sen
aloi: stainless steel
diameter : 18,80
berat : 2,98

destar siga
wajah :  5 sen
aloi : stainless steel
diameter : 17,78
berat : 1,72

Rabu, 17 Ogos 2011

There is no perfect father airmata menitis

kalau korang punye naluri sedih yang sama macam aku rasa bila nengok video ni ,serta merta mesti korang akan terbayang muke ayah/abah/daddy/abe korang betol tak? salah satu iklan thailand yang buat airmata aku menitis dan menyedarkan aku bertapa sayangnya aku kat abah,ye mungkin selama ni kita tak sedar sikap kita,kelakuan kita dan pandangan kita pada mereka tapi hakikatnya jauh disudut hati diorang "sayang akan anak" . event kita tak layan,kita tengking,kita ejek,mereka tetap sayang akan kita. terima kasih video yang menyedarkan aku.
p/s:

Selasa, 16 Ogos 2011

orang asing bertanya jalan

semalam punye semalam aku naik ktm atau lebih dikenali (kereta api tanah melayu) sedang ahsik aku tunggu sambil termenung tetibe dengar satu perbualan diantara mat bangla dengan seorang wanita melayu di berlainan situasi:

SITUASI 1
lokasi: luar train
mat bangla : boleh saya tanya?
wanita melayu : nak tanya apa! (kasar bunyinya)
mat bangla : sini train ke nilai ?
wanita melayu : yelahhhhh!!!
lalu mat bangla itu mengucapkan terima kasih dan berlalu pergi.

SITUASI 2
lokasi:dalam train
(mat bangla termasuk kat dalam kawasan wanita sahaja)
wanita melayu : hey ini tempat perempuan sahaja,bute ke?
mat bangla : (muke terpinga2 berlalu kesebelah)
wanita melayu : bodoh! (sambil membebel pe benda tak henti2)

apa yang aku nak tekankan kat sini ialah, tak kira lah apa bangsa sekali pon,kita ada adap,orang melayu lagi jwapan yang diberikan dah okie tapi kasar bunyinya tu yang tak brape ok,pastu nada tinggi bukan main. skrunk kan bulan puasa,kesian aku nengok mat bangla tu muke sedih je ,kesian aku nengok.kalau tak suke ngan orang pon jangan la cakap nada tinggi macam tu,tak sedap orang dengar.

Khamis, 11 Ogos 2011

aktiviti untuk hari ini :)

keluarga cst
the best ever..  nengok la muke muke diatas ini. yeah dorang sangat sporting dan sangat terbaik bagi aku, pic ni ialah salah satu memori yang bakal aku simpan sampai bila bila :) .
hari ni pagi pagi lagi aku dah pakai baju kurung sebab ada shoot untuk envelope raya kat office :) . wah memang banyak betol ragam ragam yang kelakar bila ber snap sana sini, seronok betol rasa. dah sebulan lebih jugak aku pratical kat sini,tersirat dalam hati "alhamdulillah dapat pratical sini,mereka semuanya sekepala,baik dan banyak memberi tunjuk ajar amin" kelakar yang tak terhingga lah nak terkeluar isi perut jadi ini ialah sebahagian keluarga baru aku kat sini :)

Selasa, 9 Ogos 2011

HAPPY BUFDAY TO MY BOISSS

ALHAMDULILLAH akhirnya cupcake yang aku idamkan untuk bagi kat dia termakbul amin. iaitu cupcake raggae/rasta hihi... okies kenapa dan mengapa aku pilih warna nie, sebab die suke ngn bob marley raggae ,aku pon suke & minat kitaorg sama,music pon sama, dalam cake ni banyak makna antaranya gelang raggae yang kitaorg sering pakai sama2 dan dalam cupcake ni gak ade muke die dan muke aku hihih.. penat juga lah cari kt mana nk order dan makbulkan angan2 ni n akhirnya teringat kwn yang reti buat cupcake so order terus kat die. dan pada korang yang berminat nak buat or order cup cake untuk bf,mama,abah or sesape je leh la usha cup cake die http://www.facebook.com/profile.php?id=533513291 nama dia ayeem tazli :) cup cake yang die buat mmg perfect la beb hihii ckp je korang nk design macam mana ..





<--- HAI bufday boy, happy bufday to you :) yang ke 22 tahun okies dah besar dh awak. makan banyak banyak okies biar gomokk macam badak sembu tau.ritu saya ada bagi awak hadiah tabung kan :) so jangan tak isi duit tau,duit tu penting hihihi buat masa depan, 10 sen pon dah penting ,kalau nampak 5 sen tu pon penting so simpan okies ..

ucapan bufday dari saya yang benar elmy nadia :) opss pesanan : if nk dgr kasi off dulu lagu kat bawah tu yeeee hihihi

Selasa, 2 Ogos 2011

SELAMAT BERPUASA


P/S : KEPADA SELURUH UMAT ISLAM DIDUNIA, SAYA ELMY NADIA INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT BERPUASA KEPADA ANDA, PUASA JANGAN TAK PUASA kecuali perkara dot dot dot okies :)

ready untuk makann yeahh
hari ini hari kedua berpuasa dibulan ramadhan ini, hari kedua juga berbuka bersama-sama keluarga tercinta :) .  seperti biasa anak dara mestilah tolong mama masak kat dapur kan, jadi menu pada hari awal-awal puasa,biasalah mestilah banyak. 



<-- yeah ini adalah salah satu resepi yang wajib bagi keluarga aku, kalu bukan sotong goreng tepung takpon udang goreng tepung yummy sedap sehingga menjilat jari,rangup die tak terkira tau tak.biasalah tangan ibu yang mengaul perencahnya mesti la TERBAIKKKK......



<--- siap sedia untuk dihidang 

Isnin, 18 Julai 2011

yeahhhh dapat BB sudah muahh

PRATICAL TIME

inilah keluarga baru saya CST PRODUCTION
saya pratical kat sini weeee :) 

Ahad, 3 Julai 2011

jatuh cinta sama KASUT TINGGI

tadi pergi shopink,keperluan yang perlu dicari disini ialah,seluar,baju,kasut,beg tapi ending dia ,beg yang tak dapat sebab lari sangat bajet tadi..
<----- nampak tak pic tu.. OMG sungguh tak sangka bila je try kasut ni terus fall in love ,ni kasut tinggi untuk pengetahuan korang,aku tak berapa minat sangat kasut tinggi antara sebab dan puncanya ialah :
1: aku takot jatuh
2: sakit
3:tak reti nak jalan pakai kasut tinggi
kalau pakai kasut tinggi pon mase pergi rumah orang kawin dan majlis2 tertentu. tapi tah macam mana masa tengah syok cari kasut dan dah pilih kasut,secara kebertulan niat try lah pakai kasut tinggi ni,sebab lawa yelah aku ni suka benda yang vintage,omg nicee sehh kene ngn kaki,try jalan tak rasa sakit lansung. lawaaaaaa nak nak tapi sebab dah lari bajet so tak dapa nak buy kasut ni hais.. (wahai kasut tunggu k nanti mama dah ada duit mama beli k) hihi i love u.. semejak dari kejadian ini aku mula sedar bahawa kasut tinggi terbaikkk (saya nampak seperti model bila digayakan) awww end perasann lagi kaw end :)

Sabtu, 2 Julai 2011

wajah di hari minggu
nengok rambut itu hihi berguna jugak blow baru kakak aku tu
leh buat kembung2 cam cite korea punye pelakon tak huhu(perasan end)
yeahhh kluar lagi dan lagi ... rancangan nak bershoping sudah gagal kerana aku (end ) sudah lambat bangun tido dan terlmbat nak mintak mama duit untuk shoping hahahahah ye la shoping pon untuk baju g keje nanti.


okies tadi masa kluar memang dah ade plan nak nengok wayang. mula mula tu ingat nak nengok cerita transfomer ,tapi teringat masa kat rumah nengok traler "sekali lagi" yang sazy sam ni berlakon macam best je,lagi lagi ada budak kecik yang comel tu,mia sarah namanya awwww comeltau tak die ni.. okies korang tau tak cerita ni giler sweet lagi lagi masa imbas bab kat sekolah time dorang bercinta, cerita ni lebih pada romantik komedi kot.. yang tak leh bla nya bab sedih2 air mata aku nak jatuh ni tup tup tak jadi sebab ade je lawak die hihi :) .
so keseluruhan cerita ni okies la best korang pon ape lagi nengok k..

DARI SAYA : sory hai ni blog saya ,so suke suki saya nak tulis campur   campur tak kira lah rojak ke ape janji keselesaan saya kan. nak baca baca la,xnak xpe :)

Khamis, 30 Jun 2011

moody webby hai lama xupdate bloger kan kan 
dah lama tak becerita, tak bertanya tanya ni wajah terbaru saya hihih :) blakang tu dak demokkk nama die myra, sory lah lama tak share sama sama cerita baru,banyak benda yang nak dikongsikan tapi tangan malas nk menaip ,so sekarunk dah nak mula rajin balik,tapi bukan hari ni la k aku cerita lain kali k.ngantok lol mybe penat hihi ka la nanti saya update banyak cerita baru tentang dunia lua,diri sendiri dan macam mac am lagi okies kawan kawan

Rabu, 29 Jun 2011

meet

boyfriends yg sewel + mereng
muke dah lama xjumpa mcm ni lah sorang muke baru bangun sorang muke sembab haha :) akhirnya kan

i cant wait

hurmmmm bila ni bilaaaa...

Ahad, 5 Jun 2011

perkahwinan

nasi minyak nasi minyak yummy yummy ... akhirnyaaaa dapat jugak la aku rasa nasi minyak yang dah lama tak rasa . sabtu minggu lepas berlansungnya perkawinan akak saudara aku belah abah,majlis yang pernuh dengan warna MERAH itu berlansung dengan    n bunga bungaan ROS. perhhh romantikk kot ros ros tu :) .. ramai jugak saudara mara sahabat handai yang datang ops.. lupa pulak majlis ni berlansung di JOHO iaitu tempat kelahiran serta tempat mereka, mama dan abah serta kaum kerabat yang mejoriti orang sana hihihihi :) . i love joho, walaupon anak anak mama semua murtad joho org kl  hahaa.. pada majlis turut hadir yassin senario ,satu dialog yang mama cakap kat yassin "eh YASSINN dalam tv bukan main COMOT ko tapi depan depan ensem yek" membuat kan, aku dan jugak saudara family semua tergelak hhihi dan beberapa orang artis lagi yang dijemput oleh abang saudara aku si mat sepah tu huhu :) . aku berbangga mempunyai kaum family seperti ini hihi yelah semua sporting habis,orang suruh menari semua menari,orang suruh melalak semua melalak tapi mase tu mud aku agak kerang sedikit muram ,muram bukan ape penat yelah berape destinasi pulak kan :) . tapi seronok sangat la .. memang adat la orang joho kalu xda lagu lagu zapin,joget lambak tak sah tapi family aku turut serta menari tarian poco-poco habis giler aku nengok dorang menari hihihi :) make me smile bila semua kaun family dapat berkumpul :) ..





okies nilah pelamin yang indah tu :) banyakkan ros ros merah putih dan merah...(hais bila nengok rase dah gatal nak kawin je)





bersama sepupu sepapat,saudara mara, dan adik beradik

kerana video lambt sgt nk upload jadi aku link kan kt FB aku je kalu nk usha video dorang menari http://www.facebook.com/video/video.php?v=171098129617801
k daaa